Sunday, December 12, 2010

Main?

Lim!! jum ikut I!
nak g mane?
ikut je la!
ye lah2...

Lim...
ye?
Jum!
mane?
Jum lah!
Hum... ye ye..

Lim~
ye..
cepat lah!
sabar lah sikit...
ah! sudah lah!
larh!!!!

Lim...
ye?
dah lah...
kenapa pulak?
this not worth it...

tut..tut..tut...

p/s : sampai sekarang masih lagi..

Thursday, October 21, 2010

Siapa?

dari jauh aku tengok kau.
sayangnya kau tak perasan pun aku melihat kau.
dari selit-selit ramai orang aku intai kau.
tapi sayang, kau tak rasa pun ada aku sedang pandang kau.

lepas tu(sebab dah banyak kali sangat dah)
aku mula menjauhi diri dari kau.
(walaupun tak pernah dekat pun)
makin jauh, makin jauh. sayup... hingga tak nampak lagi.
tapi kau langsung tak sedar

sedikit demi sedikit aku cuba hilangkan kau dari hati ku.
tiap-tiap malam aku menangis teringatkan kau.
tapi sayangnya. kau tak pernah tahu.

setelah aku tamat belajar..
barulah aku tahu...
rupa-rupanya..

kau tak nampak aku sebab kau rabun, salah aku... tak pernah nak pergi dekat dengan kau.
kau tak perasan aku dalam orang ramai sebab aku berbadan kecil, salah aku jugak sebab tak pergi dekat kau.
dan kau biarkan aku pergi sebab aku tak pernah datang pun pada kau. salah aku jugak!
salah aku!
SALAH AKU!!!!

Thursday, October 7, 2010

Nota Kajian Persembahan Kelas Hari ni.

TUN MAHATHIR

Given circumstances

1. Masa

- Perubahan masa(komposisi)

- Masa untuk bertindak

- Masa yang dramatik

2. Tempat

- Kedudukan geografi

-tanah melayu, (20 Disember 1925)

-dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

-Alor Star, Kedah (PEKAN mergong)

- Kedudukan spesifik

-rumah, kampung, sekolah (sekolah rendah, sekolah menengah Kesah, King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura, Graduated in MBBS 1953 )

3. Masyarakat

- Keluarga – 9 orang adik-beradik

- Kawan.(4 orang)

- Kumpulan pekerja

- Status(darjat)

Ø Boleh mengikut tahun atau umur. (apakah statusnya?)

4. Ekonomi

- Pekerjaan

Ø Pesawah(1925)

Ø Pendidikan – melayu, inggeris, pondok(1925)

Ø Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

- Persekitaran

Ø (kenapa DrM menjadi ketua untuk menentang MALAYAN UNION?)

Ø (orang kampung di Kesah pergi mendengar perjuangan DrM)

Ø Konflik politik

5. Politik dan undang-undang

- Sejak bila politik bermula dalam DrM?

- Undang-undang -

6. Kebijaksanaan dan budaya(dalam skrip Tun dr mahathir)

- Suka membaca

- Macamana dia berjaya mendapatkan hati Tun Hasmah?

- Macamana dia berjaya dalam terpaksa?

- Budaya timur

Ø Macamana ibu-bapanya mendidiknya

Ø Tun hasmah yang masih memakai baju kurung , walaupun semasa berada di Singapura.

7. Sipirtuality (adat/upacara)

- Semasa Tun mendapat jawatan PM

Monday, October 4, 2010

LoMpat

berlari setempat... tak ke mana-mana..
lompat setempat... masih tak ke mana-mana..
jogging setempat.. tak ke mana-mana jugak...

Abang besar.. ohh... Abang besar...
Janganlah sebab kau dah "besar" kau tutup si "kecil"
Jangan pula kau pikir si "kecil" tak ada kuasa besar..
nanti kalau kau dihantuk si "kecil" macamana?

Adeeq... ohh... Adeeq...
Jangan Kau nak sombong dengan kelebihan yang kau ada..
Jangan kau buka aib kau sendiri..
Ramai yang mendekati.. tapi ramai jugak yang menjauhi...
Aku cuma taknak Adeeq kene main nanti...
Tapi kalau itu yang adeeq nak.. aku tak janji..
Tak nak Janji...
Tapi aku janji ini...
aku akan berkata-kata nanti...

Thursday, September 16, 2010

apakaliwon?

malam... pukul 3.39 (eh eh.. dah pagi)
dari pukul dooblas tadi aku cube mendonload movies
tapi tak dapat2 penuh...

tadi sekejap2 ade gak rase meremang bulu ghome...
sejuk gamaknya...
donload punye donload... ghase bosan...
bukak YOUTUBE lar.. bley gak dengar lagu....

tak tahu dah nak bukak lagu ape...
nak pasang lagu juta2... hummm... tak layan ah...
Aloy tak suke nanti...

tak jadik bukak lagu...

********************************************

ALAMAK!!! ape tuh....
aku rasa cam ade worang kat blakang...
pasang kipas ar.... takder lar sunyi sangat...
humm...tak cukup menenangkan....

pegang hanpone plak....
Aaaiiii.... ghase cam die tgk skali...
ah dah sudah....
takleh nak teruskan menulis dah.....
semacam je skrng nih....

Monday, September 6, 2010

Untuk Kamu

jejak kaki kali ini buntu!
ingin terus meninggalkan dan juga tak mahu lagi diikut bersama.
namun mesti terus melangkah. kalau tak tentu sekali akan ketinggalan.
harus cara lagi aku nak buat?
semua hati nak kena jaga.
tak boleh.. tak boleh nak puaskan hati semua orang.
tapi sudah cuba.... sudah cuba sedaya upaya...
kamu!!
tolonglah faham....
perasaan yang hadir bukan sengaja dicari...
perasaan ini hadir tanpa meminta kebenaran diri...
apa harus lakukan untuk mencapai...
sudah!
sudah pun berterus terang...
dan sudah pun berkata tanda tentang kesanggupan...
tapi kenapa masih macam ni??
tolong lah faham!
eloknya..
eloknya biar aku ikut haluan aku sendiri..
biar aku tak pkir lagi...
kerana selama berfikir... aku bagai disiat2...
harapkan kamu mengerti!

p/s : kadang2 kita perlu menunjuk benci untuk tidak didekati lagi

Sunday, September 5, 2010

GooD Bye My FriendS

tinggalkan KL semalam...
semua masalah yang ada masa kat sana semua tinggal sekali...
termasuklah anda2 yang membuatkan aku bingung sesekali memikirkan anda...

tapi takper lah.... ape2 pun...
selamat lah semua... takder mood nak menaip jugak nih

Tuesday, August 24, 2010

Indah

satu rasa yang sekian lama menghilang kini kembali...

p/s : aku tahu yang tak suka blog cintan takkan baca blog aku lagi.

setelah sekian lama. aku akhirnya mendapat kembali satu perasaan yang sangat indah bila aku memandangnya pada kali pertama.
aku melihatnya sekejap sahaja, namun apa yang aku dapat rasakan pada saat itu adalah satu perasaan yang memang tidak boleh aku jelaskan.
tiada kata2 yang mampu menerangkannya.

.............

lalu aku memberanikan diri aku untuk bertemu dengannya untuk menceritakan tentang aku yang aku rasa padanya.
aku sedar. perkenalan antara aku dengannya sangat singkat tapi aku tak mampu lagi untuk menahan keresahan yang aku alami itu.
dia terlalu (............................................................................... . . . . .. . . . . .......

aku akhirnya dapat peluang untuk berbicara dengannya.
permulaannya aku ucapkan maaf byk2 kerana apa yang bakal aku ungkapkan padanya akan membuatkan dia terkejut. aku tak dapat fikir dengan waras lagi. saat yang diidamkan ada di depan mata... lalu aku terus meluahkan padanya tentang segalanya.

seperti biasa dia terkejut besar (sememangnya normal. dan aku menjangkakanya)
namun kemudiannya dia pun menyatakan perkara yang sama. terkesima aku apabila mendengar kata2 yang keluar dari bibirnya yang .............................................................. . . . .

namun pada akhir katanya. dia tidak bersedia untuk sebarang komitmen. aku tertunduk. kerana aku sedar paksaan bukanlah sesuatu yang akan mendatangkan hasil yang baik. lalu aku akur. aku cuba berkawan.

setiap hari kami akan berselisih dan kadang2 sempat berbual walaupun hanya 10 minit.
saat2 yang teramat aku hargai dalam hidup aku. hari berganti hari... tanpa disedari sudah 14 hari puasa...

...........

hari ini. hari ke 14....

dia menyatakan kepada aku yang. dia dan aku hanya akan berkawan sampai bila2.
aku terkejut.
aku tahu yang kami belum ada apa2 hubungan secara realitinya sebagai couple...
tapi hati masing2 tahu yang kami saling memerlukan.
aku butuhkan jawapan darinya. aku... aku sangat perlukanya....

akhirnya dia menjawab segala pertanyaan aku.
aku... aku tak tahu bagaimana lagi yang aku perlu lakukan untuk dia menjadi miliku....
sekarang aku sangat2 yakin yang aku tak mungkin lagi akan dapat untuk berhubung denganya selepas ini...
dan aku yakin... dugaan kali ini boleh menjatuhkan aku....

katanya " saya sakit, maaf!!" dan dia terus berlalu.....
namun setiap langkah yang diambilnya sehinga aku tak nampaknya lagi aku kira...
14 langkah...

p/s : aku perlukan sokongan.

Monday, August 9, 2010

kononnya! kau mmg cilakak!!!

hati nih mmg ikhlas nak tolong orang...
kononya orang tuh dalam kesusahan...
kalau ikutkan mengantuk...
akan aku terus balik ke rumah untuk tidow...
banyak lagi masalah lain tak settle...

tiba2....
bang... bang...
tumpang tanye skit... jalan ke sri damansara arah mane ye?
saye dari pukul 8 tadi lagi cari....
saye nih dari shah alam....
tak jumpe2 gak tempat yang saye nak pergi tuh....

..................................................................
kalau tak silap saye... jalan die...
abang kene straight sini ar...
abang terus jer... takpayah masuk corner mane2...
dalam 15 minit macam tuh smpai la...

......................................................................................
saye nih ta biasa jalan sini bang...
boleh tolong tunjukkan tak?

........................................................................
eh sry lah... saye kene balik dah nih.....

.........................................................................
kalau macam tuh... boleh tak saye pinjam satu mcg?
(masa tuh aku tgh mcg ngan p****g)

........................................................................
nak mcg??
hmm bolehlah...

............................................................................
jap eh....

.....................................................................

eh HP aku tuh!
ALLAHUAKHBAR!!!

P/S : tak payah lah tolong orang! tak payah langsung!

Sunday, August 8, 2010

ish ish ish

aku tanye bile keseksian dia nak memuncak?
jawabnya

"keseksian aku tidak boleh diukur!!!"

Tuesday, July 20, 2010

duit poket

bila tiba hari raya~
semua insan bergembira~
tetapi bagi ku~
hanya kesedihan~
yang menyelubungi hidup~

ayah! nak duit!
hmmm
orang nak pergi sekolah la ayah
hmm pergilah..
ayah nak duit lar!
eh eh kau nih.
aku tak nak duit.
kau nak pergi sekolah pergi je lah.
buat ape nak tanya aku nak duit ke tak!?
bentak si ayah

hish! ape la ayah nih.
orang mintak duit poket nak pergi sekolah lar.
owh macam tuh...
nah! ni je aku ade.. rm2.50

terima kasih ayah.
ha yelah...
ayah!
ye apa lagi!?

saya nak cakap. saya sayang ayah!
bye ayah!

si ayah memandang anaknya yang berlari pergi ke sekolah.
tanpa disedari... airmatanya mengalir.

Friday, July 9, 2010

MaraHaraM

mana satu nak letak dulu?
pikir benak nih... dah 2 3 kali aku tak jumpa dia...
merata pergi ke padang tadi...
dia tak da jugak...
aku cuba kawan kawan dia...
tapi semua kata tak nampak dia...
kata mereka... musim nih memang payah sikit...

dah hujung bulan nih memang payah nak cari dia...

pening aku sampai tahap nak marah kat semua...
asal sekor pun takda nak simpan dia buat masa hujung bulan nih...
dah tahu nak hujung bulan tuh simpan lah sikit...

marah dah datang...
aku dah tak boleh tahan...

hatta... dengan pantas angin aku pun pergi mendapatkan motor RX-s...
entah motor sapa ntah... tapi kunci motor ada...
ah tak kira lah.... bedal dulu... nanti parking tempat yang sama balik...

sesampainya aku dihadapan semua kedai kopi..

dengan marah aku bertanya... makcik!
rokok DUNHILL sebatang.
ni 7 posen!
dah aku cucuh aku blah!

Friday, July 2, 2010

slow wols

cepat! weih! kau nak tunggu apa lagi?

hah brani pun kau turun. igtkan taknak turun tadi.
dah. jum ikut aku!

slow slow skit. nanti ade orang dengar kita dah masuk.
ni kau pegang nih. nanti aku hulur tangan kau bagi aku.

ok cantik! aku rasa diorang tak perasaan kita dah masuk ni.
okeh nih tempat dia.

kau dulu jalan. hati2 skit jangan kau langgar. marah nanti.

> haiz... bro kita nih bukan nak mencuri.
>nak menonton je.
>yang kau kalut sangat nih kenapa?
>ambik ar popcorn nih. pegang sdiri

Wednesday, June 23, 2010

warkah pendek

aku tak kira
kau nak kira ke tak ke
yang aku tahu, aku tak kira.

dah! noktah!

kalau kau nak berkita jugak
kau klick kat sini!!

Tuesday, June 22, 2010

Sunday, June 20, 2010

Maqruf LIM

tak lama lagi maqruf lim akan bertolak balik ke kampung halamannya
dah lama maqruf lim tak pulang ke pangkuan ke dua orang tuanya
kepulangan maqruf lim kali ni takkan kosong
kerna masa maqruf lim di sana
dia akan mengajar drama di sekolah lamanya
rasa gembira tak boleh nak dipapar
maqruf lim hanya menunggu masa habisnya SHOW MUZIKAL SELENDANG JIWA yang esoknya akan berakhir.

Tuesday, June 15, 2010

Perempuan

di suatu malam yang hening
dia berjalan sorang2 menuju ke tempat yang dikatakan keras oleh penduduk setempat.
dia tidak menghiraukan tentang kata2 itu.
kerana dia ada tujuan yang perlu di accomplish di sana.

dia teruskan berjalan.

ooo... sebenarnya dia sedang memandu sebuah kereta buatan Malaysia
proton saga baru.

di pertengahan jalannya.
dia ternampak seorang perempuan bertudung di bahu jalan.
(klishe)
lalu dia memperlahankan kenderaannya untuk bertanyakan sama ada perempuan itu hendak menumpang.

dia memberhentikan keretanya.
perempuan itu hanya memandang tepat padat.
perempuan itu kemudiannya tersenyum.
seraya berkata

"bang, nak saya layan"
"abang nak layanan yang speacial?"
"atau abang nak yang biasa2 je"
"semua boleh bang"

dia..... akz!!

Thursday, June 10, 2010

pokcik tuo

bercerita sedikit pasal hantu. aku nak cerita pun aku takut. tapi aku nak cerita jugak la.

kisah nya bermula pada suatu malam yang hening. di mana terdapat seorang budak yang sangat cargas biarpun dia sudah bekerja 2 hari tanpa henti.

malam itu tak sama dengan malam lain. sebab malam tu malam rabu. lainnya, malam khamis, malam jumaat dan seangkatan dengan.

baiklah.

dalam kecergasan budak itu, dia tiba2 ternampak seorang pokcik sedang melintas jalan. lalu dia pergi membantu.

pokcik. buleh sayo tulung?

buleh buleh...

meh sayo pege tange pokcik.

tatkala tangan bersentuh. rasanya sejuk yang teramat. perkara itu tidak dihiraukan sehingga mereka selamat melintas jalan.

pokcik. nak tanya nih.

tanyolah.

bakpo tangan pokcik sejuk?

owh.. pasal tu. dulu pokcik eksiden kat jalan nih.

...

Wednesday, June 2, 2010

RENTAK HATI

11/6/2010
8.00 mlm
PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA

Friday, May 28, 2010

Untitled

Sebatang Nusantara
Dalam Sekotak Dunhill 20`s

Wednesday, May 26, 2010

kekasih halal

Am G F Csus4


Am G
Aku telah lelah
F Csus4
Memilih memilah mencari wanita
Am G
Siapakah dirinya
F Csus4
Yang kan menjadi kekasih halalku

F C
Tiba-tiba aku terpana
G D
Ada kejutan tak terduga


Am
Dia gadis berkerudung merah
G
Hatiku tergoda tergugah
F
Tak cuma parasnya yang indah
Csus4
Dia baik dia soleha


Am
Dia gadis berkerudung merah
G
Bawalah diriku padanya
F
Takkan habis ku berdoa
Csus4
Jadi kekasih halalnya


Am G
Jadikan diriku halal
F Csus4
Memeluk halal menciummu
Am G
Lekaslah jangan tunda
F Csus4
Untuk menjadi kekasih halalku

Am G F Csus4

Am
Itu itu Dia gadis berkerudung merah
G
Hatiku tergoda tergugah
F
Tak cuma parasnya yang indah
Csus4
Dia baik dia soleha

Monday, May 24, 2010

Buat kali ini

Biarkan orang melihat menggunakan telinga .

terima kasih Aloy_paradoks

Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

Sunday, May 16, 2010

Kat Belakang!

perhatian kepada sesiapa sahaja yang ingin mendeklamasikan puisi, sajak atau melakukan persembahan street teater. sila bagitahu kat saya secepat mungkin.

VENUE : BELAKANG GIGS
LATAR BUNYI : SANGAT BISING

bagitahu sekarang!

Wednesday, May 12, 2010

Saturday, May 8, 2010

BOSAN

hampa.
perkenalan dengan kau bagaikan sia-sia
maafkan aku, aku tak sengaja.
aku cuba mencari jalan keluar
dari seorang insan yang bernama SEPI.
aku tahu kau tak tahu kenapa aku terlalu begitu.
aku tahu. dan kerana aku tahu lah, aku tak salahkan kau.

nyata sekali aku bingung sekarang.
maaf. bukan kerana kau.
tapi kerana aku seorang insan.
maaf. bukan aku tak menghargai kau
tapi aku terdesak sekarang.
aku nak sangat keluar dari tempat tuh.
tempat tuh gelap dan sangat sejuk.

lalu kemudiannya aku ciptanya.
"menerima matahari seadanya"
hanya untuk kau. tapi kau masih tak mengerti.
hanya pada kau itu adalah dedikasi biasa.
jadi kau tak mengerti?
damm right tak mengerti!
jadi. bukan salah kau.
jadi. aku akan BLAH dari idup kau.
hari ini hari aku. esok belum tentu.

kerana aku percaya pada balasan.

Wednesday, May 5, 2010

tertentu

untuk orang tertentu sahaja.

aku cuba kosongkan otak aku
untuk tidak lagi berpikir tentang kau.

aku cuba untuk tidak menggambarkan kau lagi
tapi kau tterus memberi gambaran kepada aku.

aku cuba untuk tiada perasaan pada kau
tapi kau tetap menghantar sedikit demi sedikit.

tapi hari ini kau kata "get lost" pada aku.
tapi aku tak salahkan kau.

terima kasih atas jasa baik kau

Monday, May 3, 2010

cikgu oh cikgu

Kau Kelantan eh?

Ha ah

Oh patutlah. KELANTAN

Saturday, May 1, 2010

sakit

horatio datang kepada hamlet lalu berkata
"tuanku, hamba patik datang mengadap."

Oh, Horatio, jawab hamlet.
Apakah perkhabaran yang kamu ingin sampaikan itu?

tuanku. terdapat seorang lelaki dalam kawasan perintahan tuanku yang telah mati akibat kesunyian.

adakah kesunyian satu penyakit? tanya si hamlet

ye tuanku.

Tuesday, April 27, 2010

blog pagi ini

kepala tengah tidur. tapi jasad sudah bangun.
apa ni weih! presentation pukul 9pg nih.
cpt2 bagun!

ah dah pukul 9 15 pg.
jum lah breakfast kat cafe dulu

Sunday, April 25, 2010

menerima matahari seadanya

intro : G7 Em7 C D
G7 Em7 C D

VERSE 1

telah ku terima
dirimu seadanya
kerana engkau lah
matahari untuk ku


VERSE 2

puas sudah aku
coba memahami kamu
tetapi masih lagi
aku malap tentang kamu


BRIGDE

kau buat aku bingung
memikirkan tentang kamu


CHORUS

hadir mu di waktu pagi
memberi ku cahaya kasih
bila senja datang lagi
kau pasti mengundurkan diri

Friday, April 23, 2010

DIA

mana dia?

apa dia?

alaaah! dia, dia!

dia, dia, dia! ape yang dia?? siapa dia?

dia lah!!

suka hati dia lah!

p/s : ramai kawan2 yang memanggil teman2nya dengan menggunakan perkataan "dia" sebagai kata ganti nama

Wednesday, April 21, 2010

tidur

okeh lah azrul
esok kita bertolak pukul 8 pagi.
kelas cikmat esok.
ha...

paginya....

maqruf!!!! bangun lah!!! kelas cikmat!!!!11
ah... haaa yelah2!!

aku mandi.

jum lah dah siap nih.

eh jap.. nak check poket...

alamak!!!!

cari2!!! cepat cari!!! mampus la kita!!

ko tolong tengok2 bawak tingkat pinggan mangkuk!

aku cari kat bawah lemari tivi nih....

setelah setengah jam....

haa cukup pun RM1.70 buat tambang pergi ASWARA.

jumlah.

eih... pukul berapa sekarang?

tadi masa kau bangun pukul 8pg
dan sekarang pukul 8.30pg

kalau kita gerak sekarang. pukul 9pg kita sampai.
tapi memandangkan kita hanya cukup satu tiket je.
kita tak payah pergi.

jum ar. tido semula

Thursday, April 15, 2010

RENTAK HATI








bakal dimainkan pada 11/6/2010
8:30mlm
bertempat di Panggung Eksperimen ASWARA

Saturday, April 10, 2010

pokcik!

berjalan terus kedepan. pastuh pusing belakang pastuh masuk ke kiri
bergitulah kata2 seorang pakcik kepada aku semasa aku mula2 sampai kampung ni

setelah aku mengikuti setiap langkahnya
aku tiba disebuah rumah usang.
seram pulak...........

jeng... jeng... jeng....

assalamualaikum....

waalaikummusalam....

pakcik, saya nak...

ah tak payah cakap... pakcik dah tahu... naik!

nah ambik IBANEZ nih.... ko solo part chorus je!

aku mengambil gitar tersebut lalu menghempuk kepala tok bomoh itu mengikut kekuatan tangan aku

tok bomoh itu kemudiannya.....

Monday, April 5, 2010

sebab menyebab

dulu aku SEMPURNA
segalanya aku ada walaupun tiada

sekarang aku tempang sebelah badan
tidak boleh nak bergerak walaupun boleh

terima kasih kepada kawan2

Wednesday, March 31, 2010

sebab lagi

hari ini aku ponetng kelas untuk pergi dapatkan sedikit duit poket.
aku terpaksa.
kerana untuk meminta aku malu dengan mereka.
aku risau kalau nanti sampai surat di rumah mengatakan aku diBAR dari mengambil exam.

aku takut mak aku patah hati dengan aku yang menjadi satu-satunya harapan keluarga sekarang nih.

aku mengabaikan rasa sakit, sepi dan sunyi kerana aku terpaksa.
tapi ada orang nih tak paham kenapa.
aku biarkan dia.
hanya yang betul2 sayang dan betul2 kawan akan senyum bila aku melakukan perkara.
terima kasih.

ada mak, ada abah, ada 4 orang adik yang masih belajar.
aku harus kuat. untuk buktikan.
aku bukan rama2 yang akan mati dalam tempoh 20 hari.
terima kasih pokok.

Tuesday, March 30, 2010

waktu

11pg smpi 4 ptg.
WAKTU aku dlm kelas.

habis je aku trus ke hostel.
masuk ikut belakang.
tak suka guard ngomel2 kat depan.

sampai bilik aku siapkan gitar aku
bila siap aku pasang semula segala benda.

9mlm
aku pergi tebing.

tiba2 jumpa aloy paradoks bersama dark ray dan nurancang.

11mlm. aku balik hostel.
dalam poket aku dah bertambah satu lighter aladdin bewarna ungu.


Thursday, March 25, 2010

sebab 3

aku tiada kata-kata puitis untuk menggambarkan Mu
begitu juga dengan ayat-ayat romantis untuk menceriakan Mu
tiada jua irama yang merdu buat diri Mu
cuma sedikit yang benar mampu kata-kata dunia yang ditinggalkanNya

bergolak laut rindu sukar ku tenangkan
menangis pohon kelapa melambai kerna takut Kau tak peduli lagi
Amarah tenggelam bila cinta mengatasi
kicauan burung menangis pabila Kau dirasa tiada di sisi

berkata aku kepada langit
tolonglah langit, sampaikan hela nafas ku kepada Nya
berkata ku kepada angin
elakanlah Dia dari bahang yang berwarna
berkata ku kepada air
lenakanlah Dia untuk cergasNya
berkata ku kepada api
hangatkanlah Dia di saat sejuk memegangNya
berkata ku kepada tanah
rasakanlah diriNya getaran di jiwa

cukup itu
aku akan merasa aman.

AMIN.

Tuesday, March 23, 2010

sebab 2

ulat bulu memilih pokok untuk
mentransformkan dirinya menjadi kepompong
setelah segala penat jerih dan sebagainya,
maka ulat bulu itu pun menjumpai pokok yang sesuai.
seterusnya ulat bulu pun membuat keputusan untuk
memilih dahan yang betul agar ia tidak jatuh nanti.
setelah beliau berjaya.
beliau pun bertukarlah menjadi kepompong.
tak lama selepas itu,
beliau berubah menjadi rama yang cantik.
lalu beliau terbang meninggalkan pokok tersebut.

tibe2
pokok pun bersuara dan mengatakan.
lepas ni, aku taknak lagi benarkan ulat bulu
melakukan seperti itu pada ku.
aku perlukan seorang tukang kebun
agar aku dijaga.

Sunday, March 21, 2010

sebab

"ingin ku mati, mereka berkata,
tak perlu, kau berlari, mengejar mimpi yang tak pasti"

betul kata mereka.

oi! yang kau duk menung kat celah jendela tuh kenapa?
pergi kemas bilik kau. berselerak macam kandang babi!

maka yo la dio pung gi lah kemah bilik dio.

mula2 kain yang berselerak. dikutip2 oleh beliau hingga habis
lalu beliau campakan ke bilik air...

tiiiuuuuuu~~ kelepak!

amboi! main baling2 je ye!! banyak cantik!

gedegang!!! pintu ditutup dan dikunci
masa untuk menyapu.
kertas gula-gula yang begitu banyak disapu perlahan dengan linangan airmata.
padanya itu satu seni yang dia cinta.

gang!!! gang!!! gang!!!

berapa lama kau nak duduk dalam bilik tu?
hah? kain kat bawah ni sapa nak basuh?
;berkata emaknya.

beliau diam.
seterusnya beliau...

terduduk....

memandang ke satu sudut.

di sudut itu beliau teringat beliau pernah memandang seseorang di sudut itu.

beliau kesat airmata yang dari tadi meleleh..

beliau bangun.

beliau teringat kata2 dark ray.

"every time is first time"

kemudian beliau senyum semula.

Thursday, March 18, 2010

3 orang

lim, kurakura tebang dan aku
satu jasad yang sama
tapi perwatakan yang berbeza.

lim datang kerana adanya paradoks
kekuatan baru yang hadir dari dalam diri.

kura-kura terbang hadir setelah
suka sangat makan gula-gula
satu semangat yang menjanjikan support pada diri.

aku.
aku adalah aku
ade ke maksud lain dari itu?
kalau ikut fakta memang tak ada.
tapi skrg kita cuba keluar sikit dari fakta
apa itu aku?

Wednesday, March 17, 2010

kura2, Kawan, Nawak, p/s, PMS.

pagi-pagi nih.. kura kura masih tak boleh lelapkan mata.
teringat balik tentang reseacrh yang BIAS suruh kura-kura buat.
HAPPY rasanya bila buat BIAS macam nak HAPPY.
sebab kura-kura jarang dapat buat BIAS HAPPY.
Jadi kura-kura kira HAPPY lah.


kepada insan yang berkenaan.
di sini kura-kura ingin menyatakan bahwa kurakura
TAK INGIN untuk dijadikan LIST.
BUANG terus pun tak apa.


kepada kawan yang bukan NAWAK
terimas atas sokongan sep sep demo.
kalu takdop sep sep demo
sapo la ambo


p/s : luahan skit. kurakura terbang ingin terbang kembali. pls.
p/s : trimas kpd team PARADOKS yang byk memberi nasihat dlm double.
p/s : kepada Encik BIAS. saya suka tgk anda terloncat2.
p/s : kepada Patung. Terima kasih untuk petua2.
p/s : kepada Zu. terimas kerana sudi luangkan masa untuk kurakura.
p/s : kepada GCS. kita sememangnya masih kita.
pMs : aku nakmerajuk!!! Babai korang......

Tuesday, March 16, 2010

kura-kura dah tak mampu terbang

kura-kura terbang tersentak dengan pilihan yang
kura-kura terbang telah buat dalam minggu yang lalu.
kata cikgu kura-kura terbang. hidup ni tentang pilihan.
tapi malangnya pilihan yang kura-kura terbang telah buat hari tu
telah menyebabkan kurakura terbang hilang kemanisan dalam hidup

"misinya adalah: mungkin dengan buat macam ni
dia akan tahu bertapa aku perlukannya dalam hidup aku"

kura-kura terbang membuat perhintungan.

"tapi misi ni boleh jalan ke?"
"hmm.. nak tak nak, baik buat jer"
"atleast nanti aku tahu sejauh mana katanya pada aku"

lalu kura-kura terbang menalefon seorang kawan dan menyatakan tentang hali itu.
kura-kura terbang akhirnya terperangkap dalam dilema
kura-kura terbang kini berenang pun dah ta mampun lagi.
tapi takper.

"sekurang-kurangnya kura-kura terbang dapat tahu"
"tentang sejauh mana katanya pada kura-kura terbang"

kura-kura terbang akhirnya mengaku salah dan mengungkap salah kepadanya.
sayangnya, dia menggunakan kelemahan kura-kura terbang itu sebagai kemenangan untuknya.
namun. kura-kura terbang tak salahkan nya.

"dia BAIK, dan berhak mendapat yang lebih BAIK"

Friday, March 12, 2010

terbang


satu hari kura-kura terbang terbang ke satu tempat.
dekat sana boleh tengok satu KL
kura-kura terbang pergi seorang.
kura-kura terbang tengok kat sana
ramai manusia dengan manusia tengah beramah mesra, berkasih-kasihan, dan saling melengkap antara satu sama lain.



kura-kura terbang pun terbang dari sana.
sebab kura-kura terbang cemburu tengok mereka.

Tuesday, March 9, 2010

Kemanisan





hari berganti hari kini semakin perlahan.
aku pun bingung
apakah kehendaknya menyatakan masa untuk aku kali ini berlalu dengan perlahan.


aku ingin menunggu kamu sampai bila-bila pun.
aku ingin bersama kamu sampai akhir hayat aku
aku ingin kau jadi pemanis hidup ku.
namun atas keperluan waktu dan naluri ku
aku perlukan kamu untuk kenal jiwa aku yang bagaikan air.


aku tiada jawapan jika kau tanya kenapa aku suka kau
aku tiada kemewahan untuk aku janjikan pada kau
hanya ada kelapangan saat tak sibuk ni.


walau apa pun. aku nak kau tahu.
kau akan tetap jadi pemanis hidup ku.
walau pun aku pergi dulu.

Tuesday, March 2, 2010

duit 2 3 hari

ada ketika kita akan minta untuk mati
kerana ketika itu kita fikir yang mati lebih baik dari tersiksa
kerana sekecil luka telah membuatkan yang lama rosak semula

sekarang aku fikir aku nak pergi jauh
jauh dari orang yang kenal aku
bukan kerana benci
tapi kerana aku hilang yakin diri

dan sekarang aku nak pergi
aku nak pergi central market
aku nak baskin
sebab aku daqh tak ada duit nak makan 2 3 hari nih
kalo sempat datang lah sekali.
pukul 2 nih aku di sana.
3 setengah aku balik semula. k chhow


Friday, February 26, 2010

kreatif

ambil sekeping keropok ikan yang bulat leper
kemudian ambil meggi kari letak atas keropok itu.
dan seterusnya makan serentak

untuk maklumat lanjut
sila tanya bro mamai

Thursday, February 18, 2010

Harta

Sebatang rokok. Aku cucuh.

hari ini kita sebuk berbicara tentang harta
hari ini kita bingung kalau tiada harta
hari ini kita lupa padaNya sebab harta
hari ini kita terus mengejar harta
hari ini juga kita biarkan diri kita mencari harta
hari ini juga kerana harta kita perlukan korban
hari ini mungkin korban itu saudara kita
hari ini kita tidak sedar
hari ini kita tidak akan sedar
sebab setelah hari ini
kita akan terus mencari harta yang kita lupa mana asalnya
lepas ini kita akan balik, tidur dan lupa
harapnya esok kita bangun, kita akan
sedar semula
sedar semua
sedar tentang semuanya

Tuesday, February 16, 2010

Oh Limah!

Limah!!
oo LImah!!
kau turun kau kejap!
aku Memang tak puas hati dengan kau nih!
kau turun!!

"maka Limah pun turunlah dengan pakaian berkengbamnya, tadi Limah dari jamban melabur sedikit harta la..."

seMunculnya Limah di depan pintu teratak usangnya...

jeng jeng jeng

oi!! tak guna punya anak
kecil kecil sudah pandai menderhakakan diri mu kepada aku ibu mu!
shiapakah yang sebenar-benarnya mengajar kamu berkata-kata begitu!
jahwab persoalan aku itu!

bukankah anda mak saya yang selalu berkata-kata begitu kepada nenek perempuan saya?

ibunya kemudian tinggal TANDA tanya....


Friday, February 12, 2010

setelah lama

sudah lama tak masuk blog
hari ni berkesempatan pula dengan izin dariNya

tidak sabar pula nak tunggu 27 febuari.
huh mimpi... untuk promote 3 lagu saya

kepada teman-teman, kawan-kawan dan kenalan.
andainya aku ada buat salah
aku minta maaf

aku mungkin tidak sedar.
dan engkau juga mungkin tidak sedar kenapa aku buat salah
dekat engkau.

mati.
kita tidak boleh nak rancang
jadi,
apa-apa pertelingkahan yang berlaku
aku harap dapt dilupakan bagaikan air yang jatuh atas daun keladi.

p/s: kalau anda tidak suka akan saya itu adalah hak anda.
p/s: saya tidak mahu ambil kira tentang orang yang macam anda.
p/s: saya ada sebab kenapa begitu.
p/s: anda pun ada sebab untuk begitu juga.
p/s: masing-masin dikurniakan akal. fikir.

Friday, February 5, 2010

sunyi

tanpa seni
tanpa kesibukan
tanpa berkarya
tanpa ANDA

Tuesday, February 2, 2010

SeKadAr

engkau,
kiranya esok aku sudah tidak menghubungi engkau lagi,
aku harap engkau akan tidak apa-apa,
dan aku harap kau teruskan hidup kau macam biasa.

pasti setelah itu hubungan aku dengan kamu-kamu yang ada akan terputus,
cuma aku akan mengharapkan kamu semua mensedekahkan Al Fatihah kepada aku.
dekat sana nanti aku akan berhadapan dengan dua malaikat ALLAH yang akan datang untuk menyoal aku.
tidak mengapa,
apa yang telah aku buat di dunia,
itulah nanti yang aku kena tanggung di sana,

cuma aku harapkan doa-doa dari kamu semua
agar hukuman aku dikurangkan.

kamu semua cepat-cepatlah kembali ya!
kembali ke jalanNya sebelum terlambat!
jangan sesekali jadi macam aku.

aku kini merasakan kesakitan yang tak dapat aku jelaskan.
selamat tinggal semua.

Monday, February 1, 2010

sunway

elo?

ha! assalaimualaikum!

waalaikumussalam. engkau di mana?

aku dekat rumah ah.

.....

"taknak taknak
karut karut karut
taknak aku bende merepek tuh.
kalo chealse menang aku pertimbangkan"

baiklah. nanti kalau jadi engkau contact aku balik.

baiklah

tut.. tut.. tut..

Sunday, January 24, 2010

N A W A K

hari aku belajar perkataan baru dengan maksud yang baru aku dengar

Ejaan dia adalah N A W A K

bererti : 1.bertemu dan berpisah tanpa ada apa-apa perasaan,
2.hanya untuk masa senang dan ber"foya-foya" sahaja,
3.tak peduli dan tah mahu dipeduli
4.tiada erti sejati
5.tidak menghargai tindakan orang lain untuk diri
6.tidak kisah hilang kawan
7-tak terkira. TIADA PERASAAN!!!

p/s : renungkan!

Wednesday, January 20, 2010

Luahan Bodoh!

Kebodohan
Kadang datang tanpa aku tidak sedar.
Adapun waktu itu,
waktu aku tengah gembira.

Kelemahan
bila mereka sudah nampak
mereka mula mengambil kesempatan

aku manusia yang lemah
selalu terjatuh
berbeza aku dari kamu-kamu yang berdiri teguh!

apabila tiba waktu untuk bersama anda semua
aku mula rasa diri aku tiada apa-apa untuk dibanggakan.
mungkin memang tiada.
tapi aku tahu kenapa aku perlu berada dalam waktu bersama anda
kerana aku ada tujuan aku
dan kalau tidak perlu
pastinya aku sudah mencari waktu lain
agar aku bisa merasakan aku adalah somebody!

tidak mengapa kalau kalian memandang rendah terhadap aku
tidak mengapa...

adalah biasa untuk aku
kerana ini belum masanya untuk aku
tibanya nanti kamu akan terkedu
kamu aku akan bisukan
tibanya nanti
maaf kamu sudah tidak ada maknanya untuk aku

tak mengapa!

Saturday, January 16, 2010

tak gile lagi!

Lim Dalam Gelap!

pusing
aku pening dengan apa yang melanda sekarang
perasaan berlegar menggegarkan otak
jarum-jarum masalah mennyucuk benak

impian sebelum datang aku
berkira-kira senang nak terus berjuang
rupanya hodoh yang kembali!

kepada kau yang aku telah buat kau terasa
aku tak niat macam tuh
kadang masing punya hati ada makna tersendiri
dengan itu rasanya mampulah berdiri

aku tak nak lagi kau rase aku beban di bahu kau
takper. aku akan msg ko dan type "okeh"
kalo ko phm ko phm
tapi kalo ko tak phm tetap ko takkan phm
tanyalah!

kadang2 cakap direct lebih hebat
namun tetap menyukai jalan yang beralun
sebelum tibanya destinasi

aku akan pergi
aku nak kau jangan ikut aku lagi
aku nak jadi hebat
walau pun ko tak peduli aku lagi
walau pun ko takkan ada dengan aku lagi

aku tahu idup sekarang nih ko rasa teruk
tapi teruk manakah kau masa ko siakan untuk itu dan ini?
ko lupa
ko lupa nak tanya pada orang lain
sebab mungkin ko rasa tak perlu bertanya

aku bila kata itu,
kadang tak tetap jugak
rasa hati kalo nak.
namun rasa satu lagi taknak
apa akan jadi?
ko jawab!!!
aku nak dengar dari ko!!!

fuck ah!

Wednesday, January 13, 2010

si chomel itu

bila si chomel mula menyanyi
dia mulakannya dengan harmoni yang terbaik
dia kelihatan begitu cantik ketika di pentas itu

muzik tiada... namun dia masih melirik
sedap! sangat merdu
sehingga meruntuhkan mana2 hati yang mendengar..
telah habis rangkap pertama
Si Chomel tersenyum
sorakan bergema di dalam stadium itu....
sungguh indah

ritma si chomel semakin rancak
berbaju kuning bertudung ungu
si chomel mula menggoyangkan badannya
mengikut rentak ritmanya

nyanyian si chomel diiringi oleh suara2 latar yang hebat membantu si chomel
wah!! si chomel tersenyum lagi
indah senyumannya

aku melihat si chomel memberikan makna
makna di setiap lirik2nya
si chomel
si chomel

indah.. akhirannya membuat aku ingin selalu mendengar si chomel

p/s : taniah kepada si chomel!

Tuesday, January 12, 2010

Jadi Ke Tak Jadi Nih? II

balik cuti.

watak utama akan pergi ke kdai di mana beliau memblli

ice blended chocolate+straberry

singgah la dia...

nak ice blended chocolate+straberry

tggu punye tunggu.. tuptup smpai la ice blended tuh

tapi yang smpi ice blended chocolate+laice..

maka watak utama bertanya kenapakah bukan straberry

oh ini speacial untuk anda! kata peniaga tersebut...

mulanya watak utama berasa bnar2 speacial...

namun lepas tuh dia terfikirkan sesuatu...

sebab sblum itu ader sorang budak neh order air laici...

kesimpulan yang watak utama dapat adalah...

peniaga itu telah salah masukan laici tadi dan malas hendak menukarnya

membazir la plak nantikan.


watak utama kemudian pergi bertanyakan berapa harga...

dijawabnya " takper lah. anda saya belanja"

setelah mengucapkan terima kasih sambl mengerutkan dahinya.

watak utama blah dari situ....

Saturday, January 9, 2010

KITA

aku hanya insan
yang mudah lupa
yang banyak kelemahan
yang hanya sedikit kelebihan

aku manusia biasa
aku tak punya kuasa
harta jugak rata selama ada

sebagai itu
aku tak boleh lari dari cinta
tapi aku pasti boleh kawal cinta

aku akan lebihkan kawan aku dari diri aku
aku akan berikan kebahagiaan aku itu pada kawan aku
aku lebih bahagia andai kawan aku bahagia

bukan bererti aku tak betul2 cinta
bukan bererti aku tak benar2 rasa
namun kalau kau dia ada rasa
maka adanya aku untuk kalian berbahgia

tanpa hati siapa2 diluka
aku rela dalam jaga
jgan hirau aku takkan merana
kerna aku bahagia andai kawan aku bahgia

-EnD-


p/s : tgk betul2 nmpk tak bentuk pasu bunga?

Thursday, January 7, 2010

Jadi ke Tak Jadi Nih?

keluar pergi nak beli ice blended ....
mintak satu ice blended chocolate + strawberry

"brape nih?"

"rm2.50 harga hati"


"ah ape?"


"rm2.50, tak nak beli roti?"

"o... taknak la"

"terima kasih"

lalu beliau pulang ke rumah beliau
tanpa mengetahui kisah yang sebenar.

5 tahun kemudian....

beliau pulang ke kampung.

beliau pergi ke kedai dan kemudiannya melihat kedai yang dulunya beliau membeli ice blended di situ
5 tahun lepas.

"hye!! nak ice blended chocolate+strawberry."

"boleh jugak kalo nak blanja"


"eh tak, maksud saye, saye nak bli ice blended tuh"


"saje je gurau2"


mereka tersenyum dan kemudian "beliau" teringat 5 tahun lepas.!!
seraya kemudian berkata

"awak, kawin jum"

"rm25.000.00 pasti jadi"

mereka kemudiannya....

(a... korang sambung ending die!!!)

...................................................................

Wednesday, January 6, 2010

KOSONG

"jalan hari nih memang tak rata.
tak kira aku pergi mana pun tetap tak rata.
nak buat macamana aku sdiri tak taw."

Tuesday, January 5, 2010

BOSAN

bosan
aku bosan
bosan dengan perasaan yang hadir dengan mengejut setelah sekian lama

ya!
memang selama ini aku nanti2kan saat2 yang macam ni
saat kau akan lebih mesra dengan aku
saat kau akan cari aku bila kau ader masalah
memang aku suke.

tapi camni kurang best ar...
asal ar...
rase cam kau main2 jer...
hmmm...
takperlah

Sunday, January 3, 2010

kisah satu malam 2

aku lepak cc awal pukul 8 mlm...
sampai cc toke die kat kdai makan...
aku tgu kat dpn cc smpi kul 9 mlm.
pastuh call toke die...
tuptup toke smpi..
aku tgu pun sbb cc nih men mlm 2ingit je smpai penat..
eheheh

kitorang pun start la men DoTa
game perang satu malaysia
huh 1 malaysia...

main punye main... tuptup...
541 minit pagi...
yowk!!
giler nih

nak balik hujan pulop!
berat kawe nih.
kalau kat umah mase nih mak aku dah mula membakar ayam
untuk jual nasi...

pkir punye pkir tunggu lah hujan bghenti...
pastu balik

p/s: pada anak2 muda... jgnlah membazir masa kat cc!

Saturday, January 2, 2010

Kerana

………..……/…./
…….……../…./
……../´¯/'..'/´¯¯`•¸
…../'/../…./……./¨¯\
…('(…………. ........)
….\……………..…../
…..'\'…………….../

kerana simbol itu pergaduhan bermula
kerana simbol itu satu provokasi terjadi
kerana simbol itu macam2 hal boleh terjadi.
kerana simbol itu....

p/s: korang sambung sdiri!!