Tuesday, December 27, 2011

Masih Lagi Berdiri

Cuak!! Cuak gile!!
sudah letak semua
sudah sepak semua
sudah biar semua
tapi kenapa masih sama

"Jangan putus asa"
ye baik...
saya akan ingat itu...
tapi saya juga akan ingat ini...
sukar untuk saya lupakan ini...
tapi saya cuba untuk tidak ini mengganggu itu...
haiz... itu ada ini..
ini pulak ada itu....
ini dan itu semua molek
kelebihan yang memberikan kesenangan
dan kekurangan yang mengajar pengalaman...

TIDAK!!!! AKU TIDAK GILA!!!
Belum lagi!

Friday, December 23, 2011

This Not MaqrufLim

I dont know Where He is right now..
Claims that he be out for a while..
looking for something....
Something that he love to say "his heart"

Wednesday, December 21, 2011

First Day Di Offfice

Sempoi GILA!!

Thursday, December 15, 2011

4 Best So Far @.@


RM750.00


RM380.00


RM550.00



RM430.00


Sunday, December 11, 2011

SemAKin HaMpir

"kedua-duanya sudah bersetuju"
"yang tinggal hanyalah perjumpaan antara mereka"

Ya! aku takut.
Tapi Aku tidak akan tunduk.
kerana Dia, sentiasa akan ada.

SUBHANALLAH

Ya Allah, Kuatkanlah hati ku. jangan kau biarkan aku kabur dengan debu-debu yang melintang cuba menghalang. Jauhkanlah aku dengan pencemaran yang membakar. Hindarkanlah aku dari parasit yang memakan masa.

Hanya pada-Mu aku bermohon Ya Rabb...

Amin... Ya Rabb... Amin...

Friday, December 2, 2011

HARI ITU

"hidup ini perjudian. kalau kalah, kita akan memperoleh guru yang paling berharga"

5:30 pagi, Razif seperti kebiasaan akan bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh. Cuma, pagi itu lain sedikit. Razif telah bangun, akan tetapi pagi itu, hanya jasadnya sahaja yang bangun. Mandi, pakai baju, seluar, minum, berwuduk dan kemudiannya solat. Subuh itu, doanya tidak juga kebiasaan, dia kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemangat seperti subuh-subuh lainnya.

"Ya Tuhan ku, aku bersyukur di atas dugaan yang kau berikan pada aku kali ini, sesungguhnya Engkau lebih tahu, Akan segala-galanya. Ya Tuhan ku, Kau tabahkanlah hati ku. Kau kuatkanlah iman ku. Sesungguhnya hanya pada Mu aku mengharap".

Dia mendapatkan handphone. Hampa, tiada pesanan yang dihantar kepadanya seperti pagi subuh yang lain. Dia terduduk, kenangan yang ada bersama perempuan yang disayangi olehnya masih lagi jelas dalam ingatan, dan sesekali membuatkan Razif menggosok dada seperti menahan satu keperitan yang amat. Tanpa disedari, airmata telah mengalir tanpa dipaksa.

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 7:15 pagi. Razif bersiap untuk pergi ke kelas. Perjalanannya sering awal, kerana jarak rumah sewanya dengan kolej memakan masa 20 minit. Pengangkutan yang sering digunakan adalah KTM. Oleh kerana risau akan terlambat masuk ke kelas, jadi dia sering keluar awal. Setiap jalan yang dilalui olehnya diamati dalam-dalam. Dia kadang tersenyum, kadang merenung ke satu sudut yang terdapat dalam gerabak keretapi tersebut, dan kadang mengesat matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

Sewaktu di dalam kelas selalunya dia menjadi penghibur kepada rakan sekelasnya. Tetapi tidak hari itu, dia hanya diam dan mencatat apa yang sedang diterangkan oleh pensyarahnya. Kawan baik Razif yang berada disebelahnya seakan memahaminya. Mereka juga tidak mampu untuk menceriakanya hari itu. Mereka hanya mampu menggosok belakang bahu dan mengaharapakan Razif tabah meneruskan kehidupan.

Sedang leka dia mecatat nota yang diberikan. Razif disentak dengan deringan handphonenya. Dia menekan butang silent. Melihat nombor yang terpapar, dan kemudian bergegas keluar kelas. Teman-temannya hanya mampu melihat sahaja, semuanya membiarkan sahaja tingkahnya begitu. Pesyarahnya juga hanya mampu memandang dan mengeluh.

"Assalamualaikum Razif, makcik ni. Pukul berapa Razif boleh sampai? Sebab keluarga nak sempurnakan jenazah Zira lepas zohor nanti. Tolong datang ye. Makcik dah tak ada orang lain lagi nak harapkan"

Monday, November 28, 2011

Lan terkene

dol : hari aku rasa nak makan ikan

lan : ikan? ikan apa lak dol?

dol : ikan dalam air la

lan : ada ke ikan luar air?

dol : ada!

lan : ikan apa?

dol : ikan kat pasar...

lan : hmm... betul la tu... kene pulak aku.

dol : tahu pun

lan : tapi dol, kalau dalam air macam mana kau nak makan?

dol : aku tangkap la dulu naik ke darat.

lan : ye tak ye juga... kene lagi...

dol : tahu pun.

lan : eh yang ko ni nak kene kan aku je ni kenapa?

dol : yang kau mengikut je kenapa?

lan : aduh! yea juga. kene lagi.

dol : ko ada 80cen?

lan : takde! singgit ade la.

dol : ha! bak sini!

lan : nah. nak buat apa dol?

dol : nak beli rokok.

lan : eh tu duit aku tu.

dol : bukan ke ko dah bagi aku tadi?

lan : yea... kau betul....

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Cinta Ajaib

Tiada ku sangka cinta mu itu...
hadir... sungguh indahnya...
kau berikan ku kesetiaan mu...
Kasih....

kau jadikan aku raja di hati mu....
namun.... sungguh ku tak memahami...
Terima kasih ku hargai...
sayang....

Maafkan aku... tak mengerti hati mu....
Izinkan aku.... membalut luka mu... itu....

kasih kekasih kau yang terindah...
kasih kekasih terima kasih...
kasih kekasih kau yang teristimewa...
berikan aku... dunia baru....

kau berikan ku... dunia baru....

p/s : bakal di upload ke youtube tidak lama lagi....
: lagu baru

Friday, October 28, 2011

Jom Pergi PD

lepak-lepak overnite di PD...
kerja gila yang telah aku lakukan bersama-sama mereka yang hebat..
malam ni rancang... esok malam rancangan dijalankan...
hebat!! sangat hebat!!! kau ada?! ha!! takde kan?!
dah duk situ diam-diam... dan terus baca ni...

menghala ke PD tanpa mengetahui jalan yang patut diambil...
yang tahu "kita masuk je highway seremban" pastu ikut signboard...
jadi itulah yang berlaku...

nak di mulakan cerita... tetiba nak singgah makan dulu la pulak...
dan secara tak sengaja boleh singgah di kedai makan area KPTM bangi!!
aiyo sudah order... dan makanan pun tiba...
akan tetapi... ia tersangat pedas... nak buat camna.... lapa punya pasai...
bedal jugaklarh...

perjalanan diteruskan... ceritanya masih sama... cuma dalam kepala... dialog teater klasik MISS JULIE perlu dihafal jugak.... ni nak pergi berseronok nih... tapi camna dengan skrip nanti....
takpa... lagi pun aku dah isi skrip tu dalam beg gitar awal2 lagi...

OH jangan lupa datang tgk MISS JULIE kat ASWARA nanati yer... 11-12-13/11/2011 insyallah...

dalam kete... kawan kat sebelah dah pun lelap... tapi die sorang jer la... kami masih jaga intai2 jalan....

redah punya redah... akhirnya kami sampai di teluk kemang! cerita selebihnya sangt menarik...
tapi tunggu next punyer post...

p/s : teruskan je walaupun tak pasti.... tapi kene betul2 yakin!!!

Saturday, October 1, 2011

Saturday, September 17, 2011

Sepasang Pakaian Hitam

sudah beberapa bulan ia berlalu, tetapi masih lagi segar dalam ingatan aku.
masih dapat aku gambarkan semuanya dengan jelas.
masa itu kau sampai ke rumah aku. dengan beg pakaian kau bimbit di sebelah kiri dan tangan kau hulur buat menyambut salam orang tua aku.

kami sediakan ruang untuk kau. kami telah terima kau seperti keluarga kami sediri.
tambahan pula, ibu masih rindukan arwah adik yang terlebih dahulu pergi tinggalkan kami 3 tahun lalu. adik, meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. masa itu, dia bersama teman hati nya, menaiki proton wira dari Kota baru. dalam perjalanan pulang. disitulah adik dijemput Izrail.
semoga adik aman di sana.

ibu, memberitahu aku, yang kau akan duduk dalam bilik arwah adik, berkongsi dengan adik bongsu aku. aku gembira. wajah ibu memang tak macam selalu. nampak lebih senang. begitu juga dengan walid. dia makin ceria. aku ingat lagi. masa arwah adik pergi. walid sering salahkan orang yang terlibat. dan walid sukar menerima kenyataan yang anak kesayangannya itu pergi macam itu saja. ibu kerap tenangkan walid dengan menyatakan Qada dan Qadar. tapi walid tetap walid.

aku merupakan insan yang paling gembira apabila kau tiba di rumah aku. kau telah memberikan aku matahari yang sudah lama hilang. begitulah boleh aku jelaskan.
walid pula makin rapat dengan aku. aku BAHAGIA.

hari berganti hari. sebulan juga akhirnya kau tinggal bersama kami.
tak akan aku pernah melupakan. yang pagi aku engkau jagakan. makan aku engkau sediakan, sakit aku engkau uruskan. bagaikan sudah beristeri. tapi sayang. aku ini insan tak mampu.
tidak selagi aku belum habis belajar. ye.. aku sangat bahagia dengan kau. terima kasih.

setelah kau pulang ke asal mu. cara kau mula berubah. aku kebingungan. sudah banyak yang aku ubah sikap diri agar kau tidak rasa untuk tinggalkan aku. kerana itu juga janji kau pada aku. kau kata aku sering buat kau sakit hati. kau kata aku juga sering buat kau tak ada ruang. kau juga kata, aku yang salah.

hakikat sebenar. aku adalah insan. maafkanlah silap dan salah aku. aku sendiri pun tak yakin adalah kerana kau sakit hati puncanya dari aku atau tingkah kau sendiri.

walau bagaimana pun. aku bahagia dengan kau. TERIMA KASIH untuk masa dan peluang yang kau berikan pada aku. sampai sekarang kau masih dalam hati ku. walau pun dulu kau pernah kirimkan pesanan mengatakan hati kau bukan miliku lagi.

ini penghargaan buat mu. aku harap engkau bahgia disamping teman-teman dan keluarga mu.
TERIMA KASIH. NUR FAIZATUL AKMAL. AKU BAHAGIA

Thursday, September 15, 2011

Generasi baru

Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas

dah lama tak bekerja... rupanya keadaan masih sama
hormat-menghormati bukan satu kepentingan..
generasi baru kini makin hebat mempamerkan diri sendiri
jujur itu bagus, tapi bukan jujur yang tak bagus itu dipuji-puji..

sejenak termenung dalam kebingitan keliling telinga
macam telatah karenah ditonjolkan..
menonjol itu bagus, tapi bukan menonjol yang tak bagus itu diangkat tinggi...

jangan fikir yang diam bila dikeji tak reti nak naik meninggi..
jangan ingat yang senyap bila diherdik tak pandai mendaki..
jangan kira yang tunduk bila ditengking tak boleh nak berdiri..

fikir sikit... dah banyak yang diam lalui...
ingat sikit... yang senyap dah biasa naik bukit tinggi
kira dulu... yang menunduk dah sering duduk
FIKIR! INGAT! KIRA!!
jangan sampai yang diam mula berbunyi!
jangan sampai yang senyap mula buat bising!
jangan sampai yang duduk tegak berdiri!!

bukan nak minta suruh takut
cuma masing-masing ada hati perut

Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas

Saturday, September 3, 2011

Cinta Beralih Arah

Maafkan Aku... Bukan Sengaja Aku...
Maafkan Aku... Bukan tidak memahami kau

apa sahaja yang aku kongsi dengan kau..
kau bagi orang lain baca...
tentang aku sakit hati ngan sape2...
kau kongsi dengan satu dunia
segala saja masalah family aku... yang aku citer kat kau..
kau cakap kat semua orang...
payah la macam tu

aku bukan tak sayang kau...
lagipun dah lama kan aku dengan kau
sejak dari dulu dah... 6 tahun ade kot... ntah la
lama sangat smpai aku pun tak brape ingt..
bukanlah aku tak hargai... tapi lame kot...

aku tahu.. selama ni pun kau jadi pendengar setia aku
apa-apa aku luah.. kau dengar je...
tapi tu lah... yang kau pergi share ngan orang lain sape suruh?

kali ni aku dah takleh sabar ngan kau...
maafkan aku...
aku terpaksa tinggalkan kau...
maafkan aku FaceBook...

Monday, August 29, 2011

Entri Kali ini

Nama : MaqrufLim Z lim (bukan nama sebenar)
Umur : Muda Lagi (takde la muda sangat)
Tempat Tinggal : Merata-rata asal boleh
Status : 2 kali bercerai (tak laku)
Impian : nak jadi kaya raya
Hobi : Macam-macam (nak apa?)
Cita-Cinta : nak dengan dia
Cita-cipta : nak buat banyak-banyak
Cita-cita : Nanti-nantilah aku cerita
Mode : nak balik raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF LUAR DALAM
SEMOGA SEMUA BAHAGIA DI HARI RAYA


Thursday, August 25, 2011

kerana ingin raya bersama keluarga

tiket bas ke KELANTAN sudah habi di jual.
kalau ada pun tinggal yang datang dari "ulat tiket"
memang tidak kalau nak beli dengan "ulat"
nanti habis duit tu "ulat" tu mamah.

tapi raya ni tetap nak balik kampung.
hari tu plan nak balik bersama kawan-kawan sekampung,
dengar-dengar cerita pula diorang tak jadi balik,
sesak napas sekarang ni.
tak tahu nak buat macamana.

masih ada satu cara,
aku akan jadi pengembara 2 hari sebelum raya nanti.
tumpang sesiapa sahaja yang boleh bagi tumpang ke KELANTAN.
insyALLAH semuanya selamat.

Selamat hari raya semua!! maafkan kekhilafan aku yang ada.

Friday, August 19, 2011

Monday, July 25, 2011

Kisah Budak Ni...

Dia ni memang sensitif orangnya
tapi dia ok... cuma kalau tak kena tempat..
memang akan tak kena...

Dia ni memang panas baran..
ikut perangai belah bapaknya...
tapi itu dulu la...
sekarang dah boleh kawal..

Dia ni kalau nak tahu...
ramai juga la perempuan yang cakap dia romantis..
tapi romantis dia tu tak pernah perempuan benar-benar hargai..

Dia ni orang susah.. tak senang
tapi dia tahu... ada orang lain lagi susah dari dia...
dia selalu la juga doakan orang sekeliling dia senang dan bahagia

Dia ni selalu mengalah sebenarnya
kalau ada gaduh-gaduh pun selalunya tak lama...
tapi sering saja orang ambil kesempatan atas dia...

Dia ni memang setia kalau bercinta..
sampai kawan-kawan lama dia pun dia tak berapa layan..
nak jaga hati kononnya...
tapi dia tak pernah dihargai...

Dia ni boleh dikategorikan LONE-WOLF
selalunya dia akan bersendiri, memikirkan orang sekeliling
memikirkan nasib hidupnya
memikirkan hubungan yang ada
memikirkan bila dia akan ada
ada di atas
tak mahu lagi di bawah..

hmm... budak ni kan...

Tuesday, July 19, 2011

Kisah Si GILA

si gila
kenapa kau he hulu ke hilir...
kenapa pulak ke hulu ke hilir kau mundar-mandir?

si gila si gila
kesian kau
kau kerja macam orang biasa
kau pakai macam orang biasa
kau tidur pun sama
habis kenapa?
kalau sama kenapa?

oi!! Si Gila!!!
kau memang suka ambil perhatian orang ke?
atau kau memang perlukan perhatian?
oi si gila kenapa kau tak mahu jawab?
kau bisu ke?
atau kau buat-buat?
atau kau pekak?
atau kau memang tak mahu ambil peduli?

wee!!!!! orang gila!!!!

"siapakah yang gila?"

Sunday, July 17, 2011

Serahkan

berterabur, lebur, hancur...
tetapi tidak kan sesekali terkubur....
biar jauh sejauh-jauhnya...
tapi tekad mesti kukuh!!
lama sendiri...
lama sekali...
mana pergi?

gusar hati.. jiwa bagai mati... bagai tiada lagi...
mana nak cari? tak mungkin ada ganti...
hilang pergi.. pasti sampai mati disesali...
yang tersurat itu sejak azali...
boleh kah diubah diganti?

sayang, baby, dinda, darling...
manaja atau romantis terpulanglah pada sendiri...
jangan pula sesekali hadirkan benci...
di saat sejuk, dingin datang menghampiri...
jangan lah melatah seawal pagi...
mana tahu pabila senja nanti...
jawapan hadir sendiri...

harus sabar, kuat, kukuh!! dalam menanti...
biarlah menitis... biarkan...
biarlah menangis... relakan...
biar demam, lemah, menggigil, menggigit... sabar dulu...
biar... biarkan....
karna KEKASIH tetapkan KEKASIH...
kalau KEKASIH mana mungkin ada BUAH HATI...
kalau BETUL mana mungkin mudah pergi

YAKIN...
SATU kasih, kasih suci kekasih
DUA jiwa, jiwa setia kepada jiwa
TIGA percaya, jujur dan ikhlas
EMPAT? insyALLAH sampai empat cicitnya...

semoga berbahagia...
tapi jangan baca pada maknanya sahaja...
padang juga pada persamaan jenisnya...

makan sendiri... simpan biar abadi....

Friday, July 15, 2011

MAAFKAN DAKU

bangun... teduduk aku...

bangun... menitis airmata... terduduk aku...

bangun... tak berdaya lagi...

lalu puisi ini ku ukir semasa baring ku....

MAAFKAN AKU....

memberontak!!! meracau!!! GILA!!!!

apakah perasaan ini sebernarnya?

adakah kerana terlalu sangat menyinta?

adakah kerana cinta ini tiada hujungnya?

atau?

mungkinkah kamu rela melihat aku?

terseksa...

meratap...

menangis hiba....

MAAFKAN AKU....

kerana kini engkau sahaja ratu di hati...

kerana kini engkau telah ku tahtakan di sanubari....

kerana begitu aku jadi begini...

kerana begitu aku kau biarkan sendiri?

kerana hatiku telah ku serahkan semuanya sekali...

tetapi mengapa begini?

mengapa direlakan begini?

MAAFKAN AKU...

kebuntuan ini memaksa diri.. menekan jauh dalam lubuk hati...

kebuntuan ini menyebabkan tiada lagi positif diri... lalu emosi mengatasi...

kebuntuan ini menghilangkan arah yang aku cari... tiada lagi...

MAAFKAN AKU...

masihkah hati mu aku miliki?

tertanya sendiri setelah engkau menyepi...

BUKANKAH KERANA CINTA SEMUA AKAN DiSANGGUP!!!??

BUKANKAH KERANA CINTA PATUT TIADA RIBUT???.... Yang Panjang....

sesekali berkelahi... normal perhubungan ini...

sesekali itu.. tujuannya untuk mempertingkatkan lagi....

sesekali... aku sangat mengharapkan yang DIKAU akan memahami jauh ke dalam lagi...

kerana hati dan jiwa ku... sudah pun kau bawa pergi!!!!

MAAFKAN AKU!!!!

janganlah lagi berteka-teki!!! LUAHKANLAH...

janganlah lagi menyiksa hati ini!!! TOLONGLAH...

BUKAN!!!

BUKAN MENUDUH!!!

TAPI INI LUAHAN HATI!!!

AGAR CINTA TIDAK KAN PERGI!!!!!

tetapi jika tetap pergi...

AKU redha...

Namun biarlah selepas ini...

CINTA KU HANYA PADA ILLAHI...

p/s: setelah menghayati... dengarkan ini...

http://www.youtube.com/watch?v=rYUmbyrzeck

Sunday, March 13, 2011

Mencari Sinar

Telah jauh ku teruskan perjalanan
mencari di mana ada kekhilafan
Tergoda aku di setiap perhentian
namun masih samar tentang kepastian

Luluh hati, memikirkan diri Mu
Entah bilakah, akan bersama Mu

Tak Mungkin, Aku,
Akan Tenang, Tanpa Diri Mu

Berjanjilah Kepada Diri Ku
Untuk Bersama
Selama-lamanya.