Saturday, September 17, 2011

Sepasang Pakaian Hitam

sudah beberapa bulan ia berlalu, tetapi masih lagi segar dalam ingatan aku.
masih dapat aku gambarkan semuanya dengan jelas.
masa itu kau sampai ke rumah aku. dengan beg pakaian kau bimbit di sebelah kiri dan tangan kau hulur buat menyambut salam orang tua aku.

kami sediakan ruang untuk kau. kami telah terima kau seperti keluarga kami sediri.
tambahan pula, ibu masih rindukan arwah adik yang terlebih dahulu pergi tinggalkan kami 3 tahun lalu. adik, meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. masa itu, dia bersama teman hati nya, menaiki proton wira dari Kota baru. dalam perjalanan pulang. disitulah adik dijemput Izrail.
semoga adik aman di sana.

ibu, memberitahu aku, yang kau akan duduk dalam bilik arwah adik, berkongsi dengan adik bongsu aku. aku gembira. wajah ibu memang tak macam selalu. nampak lebih senang. begitu juga dengan walid. dia makin ceria. aku ingat lagi. masa arwah adik pergi. walid sering salahkan orang yang terlibat. dan walid sukar menerima kenyataan yang anak kesayangannya itu pergi macam itu saja. ibu kerap tenangkan walid dengan menyatakan Qada dan Qadar. tapi walid tetap walid.

aku merupakan insan yang paling gembira apabila kau tiba di rumah aku. kau telah memberikan aku matahari yang sudah lama hilang. begitulah boleh aku jelaskan.
walid pula makin rapat dengan aku. aku BAHAGIA.

hari berganti hari. sebulan juga akhirnya kau tinggal bersama kami.
tak akan aku pernah melupakan. yang pagi aku engkau jagakan. makan aku engkau sediakan, sakit aku engkau uruskan. bagaikan sudah beristeri. tapi sayang. aku ini insan tak mampu.
tidak selagi aku belum habis belajar. ye.. aku sangat bahagia dengan kau. terima kasih.

setelah kau pulang ke asal mu. cara kau mula berubah. aku kebingungan. sudah banyak yang aku ubah sikap diri agar kau tidak rasa untuk tinggalkan aku. kerana itu juga janji kau pada aku. kau kata aku sering buat kau sakit hati. kau kata aku juga sering buat kau tak ada ruang. kau juga kata, aku yang salah.

hakikat sebenar. aku adalah insan. maafkanlah silap dan salah aku. aku sendiri pun tak yakin adalah kerana kau sakit hati puncanya dari aku atau tingkah kau sendiri.

walau bagaimana pun. aku bahagia dengan kau. TERIMA KASIH untuk masa dan peluang yang kau berikan pada aku. sampai sekarang kau masih dalam hati ku. walau pun dulu kau pernah kirimkan pesanan mengatakan hati kau bukan miliku lagi.

ini penghargaan buat mu. aku harap engkau bahgia disamping teman-teman dan keluarga mu.
TERIMA KASIH. NUR FAIZATUL AKMAL. AKU BAHAGIA

No comments: