Friday, December 2, 2011

HARI ITU

"hidup ini perjudian. kalau kalah, kita akan memperoleh guru yang paling berharga"

5:30 pagi, Razif seperti kebiasaan akan bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh. Cuma, pagi itu lain sedikit. Razif telah bangun, akan tetapi pagi itu, hanya jasadnya sahaja yang bangun. Mandi, pakai baju, seluar, minum, berwuduk dan kemudiannya solat. Subuh itu, doanya tidak juga kebiasaan, dia kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemangat seperti subuh-subuh lainnya.

"Ya Tuhan ku, aku bersyukur di atas dugaan yang kau berikan pada aku kali ini, sesungguhnya Engkau lebih tahu, Akan segala-galanya. Ya Tuhan ku, Kau tabahkanlah hati ku. Kau kuatkanlah iman ku. Sesungguhnya hanya pada Mu aku mengharap".

Dia mendapatkan handphone. Hampa, tiada pesanan yang dihantar kepadanya seperti pagi subuh yang lain. Dia terduduk, kenangan yang ada bersama perempuan yang disayangi olehnya masih lagi jelas dalam ingatan, dan sesekali membuatkan Razif menggosok dada seperti menahan satu keperitan yang amat. Tanpa disedari, airmata telah mengalir tanpa dipaksa.

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 7:15 pagi. Razif bersiap untuk pergi ke kelas. Perjalanannya sering awal, kerana jarak rumah sewanya dengan kolej memakan masa 20 minit. Pengangkutan yang sering digunakan adalah KTM. Oleh kerana risau akan terlambat masuk ke kelas, jadi dia sering keluar awal. Setiap jalan yang dilalui olehnya diamati dalam-dalam. Dia kadang tersenyum, kadang merenung ke satu sudut yang terdapat dalam gerabak keretapi tersebut, dan kadang mengesat matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

Sewaktu di dalam kelas selalunya dia menjadi penghibur kepada rakan sekelasnya. Tetapi tidak hari itu, dia hanya diam dan mencatat apa yang sedang diterangkan oleh pensyarahnya. Kawan baik Razif yang berada disebelahnya seakan memahaminya. Mereka juga tidak mampu untuk menceriakanya hari itu. Mereka hanya mampu menggosok belakang bahu dan mengaharapakan Razif tabah meneruskan kehidupan.

Sedang leka dia mecatat nota yang diberikan. Razif disentak dengan deringan handphonenya. Dia menekan butang silent. Melihat nombor yang terpapar, dan kemudian bergegas keluar kelas. Teman-temannya hanya mampu melihat sahaja, semuanya membiarkan sahaja tingkahnya begitu. Pesyarahnya juga hanya mampu memandang dan mengeluh.

"Assalamualaikum Razif, makcik ni. Pukul berapa Razif boleh sampai? Sebab keluarga nak sempurnakan jenazah Zira lepas zohor nanti. Tolong datang ye. Makcik dah tak ada orang lain lagi nak harapkan"

No comments: