Thursday, December 15, 2011

4 Best So Far @.@


RM750.00


RM380.00


RM550.00



RM430.00


Sunday, December 11, 2011

SemAKin HaMpir

"kedua-duanya sudah bersetuju"
"yang tinggal hanyalah perjumpaan antara mereka"

Ya! aku takut.
Tapi Aku tidak akan tunduk.
kerana Dia, sentiasa akan ada.

SUBHANALLAH

Ya Allah, Kuatkanlah hati ku. jangan kau biarkan aku kabur dengan debu-debu yang melintang cuba menghalang. Jauhkanlah aku dengan pencemaran yang membakar. Hindarkanlah aku dari parasit yang memakan masa.

Hanya pada-Mu aku bermohon Ya Rabb...

Amin... Ya Rabb... Amin...

Friday, December 2, 2011

HARI ITU

"hidup ini perjudian. kalau kalah, kita akan memperoleh guru yang paling berharga"

5:30 pagi, Razif seperti kebiasaan akan bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh. Cuma, pagi itu lain sedikit. Razif telah bangun, akan tetapi pagi itu, hanya jasadnya sahaja yang bangun. Mandi, pakai baju, seluar, minum, berwuduk dan kemudiannya solat. Subuh itu, doanya tidak juga kebiasaan, dia kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemangat seperti subuh-subuh lainnya.

"Ya Tuhan ku, aku bersyukur di atas dugaan yang kau berikan pada aku kali ini, sesungguhnya Engkau lebih tahu, Akan segala-galanya. Ya Tuhan ku, Kau tabahkanlah hati ku. Kau kuatkanlah iman ku. Sesungguhnya hanya pada Mu aku mengharap".

Dia mendapatkan handphone. Hampa, tiada pesanan yang dihantar kepadanya seperti pagi subuh yang lain. Dia terduduk, kenangan yang ada bersama perempuan yang disayangi olehnya masih lagi jelas dalam ingatan, dan sesekali membuatkan Razif menggosok dada seperti menahan satu keperitan yang amat. Tanpa disedari, airmata telah mengalir tanpa dipaksa.

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 7:15 pagi. Razif bersiap untuk pergi ke kelas. Perjalanannya sering awal, kerana jarak rumah sewanya dengan kolej memakan masa 20 minit. Pengangkutan yang sering digunakan adalah KTM. Oleh kerana risau akan terlambat masuk ke kelas, jadi dia sering keluar awal. Setiap jalan yang dilalui olehnya diamati dalam-dalam. Dia kadang tersenyum, kadang merenung ke satu sudut yang terdapat dalam gerabak keretapi tersebut, dan kadang mengesat matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

Sewaktu di dalam kelas selalunya dia menjadi penghibur kepada rakan sekelasnya. Tetapi tidak hari itu, dia hanya diam dan mencatat apa yang sedang diterangkan oleh pensyarahnya. Kawan baik Razif yang berada disebelahnya seakan memahaminya. Mereka juga tidak mampu untuk menceriakanya hari itu. Mereka hanya mampu menggosok belakang bahu dan mengaharapakan Razif tabah meneruskan kehidupan.

Sedang leka dia mecatat nota yang diberikan. Razif disentak dengan deringan handphonenya. Dia menekan butang silent. Melihat nombor yang terpapar, dan kemudian bergegas keluar kelas. Teman-temannya hanya mampu melihat sahaja, semuanya membiarkan sahaja tingkahnya begitu. Pesyarahnya juga hanya mampu memandang dan mengeluh.

"Assalamualaikum Razif, makcik ni. Pukul berapa Razif boleh sampai? Sebab keluarga nak sempurnakan jenazah Zira lepas zohor nanti. Tolong datang ye. Makcik dah tak ada orang lain lagi nak harapkan"

Monday, November 28, 2011

Lan terkene

dol : hari aku rasa nak makan ikan

lan : ikan? ikan apa lak dol?

dol : ikan dalam air la

lan : ada ke ikan luar air?

dol : ada!

lan : ikan apa?

dol : ikan kat pasar...

lan : hmm... betul la tu... kene pulak aku.

dol : tahu pun

lan : tapi dol, kalau dalam air macam mana kau nak makan?

dol : aku tangkap la dulu naik ke darat.

lan : ye tak ye juga... kene lagi...

dol : tahu pun.

lan : eh yang ko ni nak kene kan aku je ni kenapa?

dol : yang kau mengikut je kenapa?

lan : aduh! yea juga. kene lagi.

dol : ko ada 80cen?

lan : takde! singgit ade la.

dol : ha! bak sini!

lan : nah. nak buat apa dol?

dol : nak beli rokok.

lan : eh tu duit aku tu.

dol : bukan ke ko dah bagi aku tadi?

lan : yea... kau betul....

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Cinta Ajaib

Tiada ku sangka cinta mu itu...
hadir... sungguh indahnya...
kau berikan ku kesetiaan mu...
Kasih....

kau jadikan aku raja di hati mu....
namun.... sungguh ku tak memahami...
Terima kasih ku hargai...
sayang....

Maafkan aku... tak mengerti hati mu....
Izinkan aku.... membalut luka mu... itu....

kasih kekasih kau yang terindah...
kasih kekasih terima kasih...
kasih kekasih kau yang teristimewa...
berikan aku... dunia baru....

kau berikan ku... dunia baru....

p/s : bakal di upload ke youtube tidak lama lagi....
: lagu baru

Friday, October 28, 2011

Jom Pergi PD

lepak-lepak overnite di PD...
kerja gila yang telah aku lakukan bersama-sama mereka yang hebat..
malam ni rancang... esok malam rancangan dijalankan...
hebat!! sangat hebat!!! kau ada?! ha!! takde kan?!
dah duk situ diam-diam... dan terus baca ni...

menghala ke PD tanpa mengetahui jalan yang patut diambil...
yang tahu "kita masuk je highway seremban" pastu ikut signboard...
jadi itulah yang berlaku...

nak di mulakan cerita... tetiba nak singgah makan dulu la pulak...
dan secara tak sengaja boleh singgah di kedai makan area KPTM bangi!!
aiyo sudah order... dan makanan pun tiba...
akan tetapi... ia tersangat pedas... nak buat camna.... lapa punya pasai...
bedal jugaklarh...

perjalanan diteruskan... ceritanya masih sama... cuma dalam kepala... dialog teater klasik MISS JULIE perlu dihafal jugak.... ni nak pergi berseronok nih... tapi camna dengan skrip nanti....
takpa... lagi pun aku dah isi skrip tu dalam beg gitar awal2 lagi...

OH jangan lupa datang tgk MISS JULIE kat ASWARA nanati yer... 11-12-13/11/2011 insyallah...

dalam kete... kawan kat sebelah dah pun lelap... tapi die sorang jer la... kami masih jaga intai2 jalan....

redah punya redah... akhirnya kami sampai di teluk kemang! cerita selebihnya sangt menarik...
tapi tunggu next punyer post...

p/s : teruskan je walaupun tak pasti.... tapi kene betul2 yakin!!!