Tuesday, October 16, 2012

Ini Jalan Ku : Kisah Bermula

Ok! Next!! Assalamualaikum. Waalaikummussalam, silakan. Baik, sudah hafal skrip yang kami beri? "Sudah insyALLAh" jawab ku pendek. Ok, mula-mula, saya nak awak memperkenalkan diri awak. Beritahu nama penuh, nama panggilan, asal, umur, hobi, dan juga pengalaman berlakon. Ok? Boleh mula. Nama saya Muhd Maaruf Bin Zamani Lim, berasal dari Machang, Kelantan. "ooohh... oghe klate, mat geng mu ni" hahah . Teruskan. Nama panggilan saya Maqruf, dan ada juga orang panggil saya Lim. "ni kau ada darah kacukan cina eh?" "ye saya".... ################################# Aku memang dari kecil lagi suka menghiburkan kawan-kawan. Pendek kata, kalau dengan aku, bukan masa untuk kau bermuram durja wahai kawan. pengelibatan aku sejak dari sekolah rendah lagi di atas pentas menjadi permainan aku. Seronok. Masa tu. Ma dengan Abah tak melarang, kerana mereka anggap itu hanya sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum aku yang boleh membantu aku dalam mencapai gred-gred tertentu. Persembahan pertama aku adalah semasa hari guru, masa tu aku berada di darjah 4. Seorang guru yang ditugaskan datang ke kelas bertanya, ada sesiapa yang boleh nyanyi untuk hari guru sila jumpa saya waktu rehat nanti di bilik guru. Tanpa rasa segan, aku dan beberapa lagi murid lain menuju ke bilik guru waktu rehat tu. cikgu meminta kami nyanyi lagu yang kami nak persembahkan masa hari guru hari tu. Aku memilih untuk menyanyikan lagu, "Untuk Mu Ibu" nyanyian Exist. Ya, aku terpilih. dan persembahan pertama aku berjalan lancar. Semasa berjumpa dengan cikgu keesokkan harinya, cikgu bertanya kepada aku "Ni Jang Le Shi Hou, Yao Zhuo Shen Me?" (besar nanti awak nak jadi apa?) "Wo Yao Bien Surdiman Yi Yang!!" jawab ku. (saya nak jadi macam Sudirman!!). Ya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Dia seorang penghibur. Semenjak hari itu, ada sahaja persembahan dan pertandingan, cikgu akan cari aku. dari darjah 4 sehingga darjah 6. Semuanya indah, Ya! indah sekali, zaman kecil aku sudah biasa menghentikan tangis kawan-kawan. masa kecil aku sudah bisa membuat teman-teman ku menangis dengan hiburan. Macam-macam. #################################### "jadi awak boleh bertutur dalam bahasa cina?" "ya boleh, insyALLAH" "kalau menulis?" Menulis ada sedikit kurang la bang. sebab dah lama tak tulis karangan dalam bahasa cina" Ok, takpe. teruskan. Saya merupakan anak ke-dua dari 6 orang adik-beradik... Bersambung....

1 comment:

aFeeQ.Halim said...

la smbung.... nk lagi...