Sunday, March 21, 2010

sebab

"ingin ku mati, mereka berkata,
tak perlu, kau berlari, mengejar mimpi yang tak pasti"

betul kata mereka.

oi! yang kau duk menung kat celah jendela tuh kenapa?
pergi kemas bilik kau. berselerak macam kandang babi!

maka yo la dio pung gi lah kemah bilik dio.

mula2 kain yang berselerak. dikutip2 oleh beliau hingga habis
lalu beliau campakan ke bilik air...

tiiiuuuuuu~~ kelepak!

amboi! main baling2 je ye!! banyak cantik!

gedegang!!! pintu ditutup dan dikunci
masa untuk menyapu.
kertas gula-gula yang begitu banyak disapu perlahan dengan linangan airmata.
padanya itu satu seni yang dia cinta.

gang!!! gang!!! gang!!!

berapa lama kau nak duduk dalam bilik tu?
hah? kain kat bawah ni sapa nak basuh?
;berkata emaknya.

beliau diam.
seterusnya beliau...

terduduk....

memandang ke satu sudut.

di sudut itu beliau teringat beliau pernah memandang seseorang di sudut itu.

beliau kesat airmata yang dari tadi meleleh..

beliau bangun.

beliau teringat kata2 dark ray.

"every time is first time"

kemudian beliau senyum semula.

Thursday, March 18, 2010

3 orang

lim, kurakura tebang dan aku
satu jasad yang sama
tapi perwatakan yang berbeza.

lim datang kerana adanya paradoks
kekuatan baru yang hadir dari dalam diri.

kura-kura terbang hadir setelah
suka sangat makan gula-gula
satu semangat yang menjanjikan support pada diri.

aku.
aku adalah aku
ade ke maksud lain dari itu?
kalau ikut fakta memang tak ada.
tapi skrg kita cuba keluar sikit dari fakta
apa itu aku?

Wednesday, March 17, 2010

kura2, Kawan, Nawak, p/s, PMS.

pagi-pagi nih.. kura kura masih tak boleh lelapkan mata.
teringat balik tentang reseacrh yang BIAS suruh kura-kura buat.
HAPPY rasanya bila buat BIAS macam nak HAPPY.
sebab kura-kura jarang dapat buat BIAS HAPPY.
Jadi kura-kura kira HAPPY lah.


kepada insan yang berkenaan.
di sini kura-kura ingin menyatakan bahwa kurakura
TAK INGIN untuk dijadikan LIST.
BUANG terus pun tak apa.


kepada kawan yang bukan NAWAK
terimas atas sokongan sep sep demo.
kalu takdop sep sep demo
sapo la ambo


p/s : luahan skit. kurakura terbang ingin terbang kembali. pls.
p/s : trimas kpd team PARADOKS yang byk memberi nasihat dlm double.
p/s : kepada Encik BIAS. saya suka tgk anda terloncat2.
p/s : kepada Patung. Terima kasih untuk petua2.
p/s : kepada Zu. terimas kerana sudi luangkan masa untuk kurakura.
p/s : kepada GCS. kita sememangnya masih kita.
pMs : aku nakmerajuk!!! Babai korang......

Tuesday, March 16, 2010

kura-kura dah tak mampu terbang

kura-kura terbang tersentak dengan pilihan yang
kura-kura terbang telah buat dalam minggu yang lalu.
kata cikgu kura-kura terbang. hidup ni tentang pilihan.
tapi malangnya pilihan yang kura-kura terbang telah buat hari tu
telah menyebabkan kurakura terbang hilang kemanisan dalam hidup

"misinya adalah: mungkin dengan buat macam ni
dia akan tahu bertapa aku perlukannya dalam hidup aku"

kura-kura terbang membuat perhintungan.

"tapi misi ni boleh jalan ke?"
"hmm.. nak tak nak, baik buat jer"
"atleast nanti aku tahu sejauh mana katanya pada aku"

lalu kura-kura terbang menalefon seorang kawan dan menyatakan tentang hali itu.
kura-kura terbang akhirnya terperangkap dalam dilema
kura-kura terbang kini berenang pun dah ta mampun lagi.
tapi takper.

"sekurang-kurangnya kura-kura terbang dapat tahu"
"tentang sejauh mana katanya pada kura-kura terbang"

kura-kura terbang akhirnya mengaku salah dan mengungkap salah kepadanya.
sayangnya, dia menggunakan kelemahan kura-kura terbang itu sebagai kemenangan untuknya.
namun. kura-kura terbang tak salahkan nya.

"dia BAIK, dan berhak mendapat yang lebih BAIK"

Friday, March 12, 2010

terbang


satu hari kura-kura terbang terbang ke satu tempat.
dekat sana boleh tengok satu KL
kura-kura terbang pergi seorang.
kura-kura terbang tengok kat sana
ramai manusia dengan manusia tengah beramah mesra, berkasih-kasihan, dan saling melengkap antara satu sama lain.



kura-kura terbang pun terbang dari sana.
sebab kura-kura terbang cemburu tengok mereka.

Tuesday, March 9, 2010

Kemanisan





hari berganti hari kini semakin perlahan.
aku pun bingung
apakah kehendaknya menyatakan masa untuk aku kali ini berlalu dengan perlahan.


aku ingin menunggu kamu sampai bila-bila pun.
aku ingin bersama kamu sampai akhir hayat aku
aku ingin kau jadi pemanis hidup ku.
namun atas keperluan waktu dan naluri ku
aku perlukan kamu untuk kenal jiwa aku yang bagaikan air.


aku tiada jawapan jika kau tanya kenapa aku suka kau
aku tiada kemewahan untuk aku janjikan pada kau
hanya ada kelapangan saat tak sibuk ni.


walau apa pun. aku nak kau tahu.
kau akan tetap jadi pemanis hidup ku.
walau pun aku pergi dulu.

Tuesday, March 2, 2010

duit 2 3 hari

ada ketika kita akan minta untuk mati
kerana ketika itu kita fikir yang mati lebih baik dari tersiksa
kerana sekecil luka telah membuatkan yang lama rosak semula

sekarang aku fikir aku nak pergi jauh
jauh dari orang yang kenal aku
bukan kerana benci
tapi kerana aku hilang yakin diri

dan sekarang aku nak pergi
aku nak pergi central market
aku nak baskin
sebab aku daqh tak ada duit nak makan 2 3 hari nih
kalo sempat datang lah sekali.
pukul 2 nih aku di sana.
3 setengah aku balik semula. k chhow