Saturday, September 17, 2011

Sepasang Pakaian Hitam

sudah beberapa bulan ia berlalu, tetapi masih lagi segar dalam ingatan aku.
masih dapat aku gambarkan semuanya dengan jelas.
masa itu kau sampai ke rumah aku. dengan beg pakaian kau bimbit di sebelah kiri dan tangan kau hulur buat menyambut salam orang tua aku.

kami sediakan ruang untuk kau. kami telah terima kau seperti keluarga kami sediri.
tambahan pula, ibu masih rindukan arwah adik yang terlebih dahulu pergi tinggalkan kami 3 tahun lalu. adik, meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. masa itu, dia bersama teman hati nya, menaiki proton wira dari Kota baru. dalam perjalanan pulang. disitulah adik dijemput Izrail.
semoga adik aman di sana.

ibu, memberitahu aku, yang kau akan duduk dalam bilik arwah adik, berkongsi dengan adik bongsu aku. aku gembira. wajah ibu memang tak macam selalu. nampak lebih senang. begitu juga dengan walid. dia makin ceria. aku ingat lagi. masa arwah adik pergi. walid sering salahkan orang yang terlibat. dan walid sukar menerima kenyataan yang anak kesayangannya itu pergi macam itu saja. ibu kerap tenangkan walid dengan menyatakan Qada dan Qadar. tapi walid tetap walid.

aku merupakan insan yang paling gembira apabila kau tiba di rumah aku. kau telah memberikan aku matahari yang sudah lama hilang. begitulah boleh aku jelaskan.
walid pula makin rapat dengan aku. aku BAHAGIA.

hari berganti hari. sebulan juga akhirnya kau tinggal bersama kami.
tak akan aku pernah melupakan. yang pagi aku engkau jagakan. makan aku engkau sediakan, sakit aku engkau uruskan. bagaikan sudah beristeri. tapi sayang. aku ini insan tak mampu.
tidak selagi aku belum habis belajar. ye.. aku sangat bahagia dengan kau. terima kasih.

setelah kau pulang ke asal mu. cara kau mula berubah. aku kebingungan. sudah banyak yang aku ubah sikap diri agar kau tidak rasa untuk tinggalkan aku. kerana itu juga janji kau pada aku. kau kata aku sering buat kau sakit hati. kau kata aku juga sering buat kau tak ada ruang. kau juga kata, aku yang salah.

hakikat sebenar. aku adalah insan. maafkanlah silap dan salah aku. aku sendiri pun tak yakin adalah kerana kau sakit hati puncanya dari aku atau tingkah kau sendiri.

walau bagaimana pun. aku bahagia dengan kau. TERIMA KASIH untuk masa dan peluang yang kau berikan pada aku. sampai sekarang kau masih dalam hati ku. walau pun dulu kau pernah kirimkan pesanan mengatakan hati kau bukan miliku lagi.

ini penghargaan buat mu. aku harap engkau bahgia disamping teman-teman dan keluarga mu.
TERIMA KASIH. NUR FAIZATUL AKMAL. AKU BAHAGIA

Thursday, September 15, 2011

Generasi baru

Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas

dah lama tak bekerja... rupanya keadaan masih sama
hormat-menghormati bukan satu kepentingan..
generasi baru kini makin hebat mempamerkan diri sendiri
jujur itu bagus, tapi bukan jujur yang tak bagus itu dipuji-puji..

sejenak termenung dalam kebingitan keliling telinga
macam telatah karenah ditonjolkan..
menonjol itu bagus, tapi bukan menonjol yang tak bagus itu diangkat tinggi...

jangan fikir yang diam bila dikeji tak reti nak naik meninggi..
jangan ingat yang senyap bila diherdik tak pandai mendaki..
jangan kira yang tunduk bila ditengking tak boleh nak berdiri..

fikir sikit... dah banyak yang diam lalui...
ingat sikit... yang senyap dah biasa naik bukit tinggi
kira dulu... yang menunduk dah sering duduk
FIKIR! INGAT! KIRA!!
jangan sampai yang diam mula berbunyi!
jangan sampai yang senyap mula buat bising!
jangan sampai yang duduk tegak berdiri!!

bukan nak minta suruh takut
cuma masing-masing ada hati perut

Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut.... siapa sakit naik atas

Saturday, September 3, 2011

Cinta Beralih Arah

Maafkan Aku... Bukan Sengaja Aku...
Maafkan Aku... Bukan tidak memahami kau

apa sahaja yang aku kongsi dengan kau..
kau bagi orang lain baca...
tentang aku sakit hati ngan sape2...
kau kongsi dengan satu dunia
segala saja masalah family aku... yang aku citer kat kau..
kau cakap kat semua orang...
payah la macam tu

aku bukan tak sayang kau...
lagipun dah lama kan aku dengan kau
sejak dari dulu dah... 6 tahun ade kot... ntah la
lama sangat smpai aku pun tak brape ingt..
bukanlah aku tak hargai... tapi lame kot...

aku tahu.. selama ni pun kau jadi pendengar setia aku
apa-apa aku luah.. kau dengar je...
tapi tu lah... yang kau pergi share ngan orang lain sape suruh?

kali ni aku dah takleh sabar ngan kau...
maafkan aku...
aku terpaksa tinggalkan kau...
maafkan aku FaceBook...