Friday, February 26, 2010

kreatif

ambil sekeping keropok ikan yang bulat leper
kemudian ambil meggi kari letak atas keropok itu.
dan seterusnya makan serentak

untuk maklumat lanjut
sila tanya bro mamai

Thursday, February 18, 2010

Harta

Sebatang rokok. Aku cucuh.

hari ini kita sebuk berbicara tentang harta
hari ini kita bingung kalau tiada harta
hari ini kita lupa padaNya sebab harta
hari ini kita terus mengejar harta
hari ini juga kita biarkan diri kita mencari harta
hari ini juga kerana harta kita perlukan korban
hari ini mungkin korban itu saudara kita
hari ini kita tidak sedar
hari ini kita tidak akan sedar
sebab setelah hari ini
kita akan terus mencari harta yang kita lupa mana asalnya
lepas ini kita akan balik, tidur dan lupa
harapnya esok kita bangun, kita akan
sedar semula
sedar semua
sedar tentang semuanya

Tuesday, February 16, 2010

Oh Limah!

Limah!!
oo LImah!!
kau turun kau kejap!
aku Memang tak puas hati dengan kau nih!
kau turun!!

"maka Limah pun turunlah dengan pakaian berkengbamnya, tadi Limah dari jamban melabur sedikit harta la..."

seMunculnya Limah di depan pintu teratak usangnya...

jeng jeng jeng

oi!! tak guna punya anak
kecil kecil sudah pandai menderhakakan diri mu kepada aku ibu mu!
shiapakah yang sebenar-benarnya mengajar kamu berkata-kata begitu!
jahwab persoalan aku itu!

bukankah anda mak saya yang selalu berkata-kata begitu kepada nenek perempuan saya?

ibunya kemudian tinggal TANDA tanya....


Friday, February 12, 2010

setelah lama

sudah lama tak masuk blog
hari ni berkesempatan pula dengan izin dariNya

tidak sabar pula nak tunggu 27 febuari.
huh mimpi... untuk promote 3 lagu saya

kepada teman-teman, kawan-kawan dan kenalan.
andainya aku ada buat salah
aku minta maaf

aku mungkin tidak sedar.
dan engkau juga mungkin tidak sedar kenapa aku buat salah
dekat engkau.

mati.
kita tidak boleh nak rancang
jadi,
apa-apa pertelingkahan yang berlaku
aku harap dapt dilupakan bagaikan air yang jatuh atas daun keladi.

p/s: kalau anda tidak suka akan saya itu adalah hak anda.
p/s: saya tidak mahu ambil kira tentang orang yang macam anda.
p/s: saya ada sebab kenapa begitu.
p/s: anda pun ada sebab untuk begitu juga.
p/s: masing-masin dikurniakan akal. fikir.

Friday, February 5, 2010

sunyi

tanpa seni
tanpa kesibukan
tanpa berkarya
tanpa ANDA

Tuesday, February 2, 2010

SeKadAr

engkau,
kiranya esok aku sudah tidak menghubungi engkau lagi,
aku harap engkau akan tidak apa-apa,
dan aku harap kau teruskan hidup kau macam biasa.

pasti setelah itu hubungan aku dengan kamu-kamu yang ada akan terputus,
cuma aku akan mengharapkan kamu semua mensedekahkan Al Fatihah kepada aku.
dekat sana nanti aku akan berhadapan dengan dua malaikat ALLAH yang akan datang untuk menyoal aku.
tidak mengapa,
apa yang telah aku buat di dunia,
itulah nanti yang aku kena tanggung di sana,

cuma aku harapkan doa-doa dari kamu semua
agar hukuman aku dikurangkan.

kamu semua cepat-cepatlah kembali ya!
kembali ke jalanNya sebelum terlambat!
jangan sesekali jadi macam aku.

aku kini merasakan kesakitan yang tak dapat aku jelaskan.
selamat tinggal semua.

Monday, February 1, 2010

sunway

elo?

ha! assalaimualaikum!

waalaikumussalam. engkau di mana?

aku dekat rumah ah.

.....

"taknak taknak
karut karut karut
taknak aku bende merepek tuh.
kalo chealse menang aku pertimbangkan"

baiklah. nanti kalau jadi engkau contact aku balik.

baiklah

tut.. tut.. tut..