Tuesday, January 26, 2010

Entri hari ini

Di sini.

Sunday, January 24, 2010

N A W A K

hari aku belajar perkataan baru dengan maksud yang baru aku dengar

Ejaan dia adalah N A W A K

bererti : 1.bertemu dan berpisah tanpa ada apa-apa perasaan,
2.hanya untuk masa senang dan ber"foya-foya" sahaja,
3.tak peduli dan tah mahu dipeduli
4.tiada erti sejati
5.tidak menghargai tindakan orang lain untuk diri
6.tidak kisah hilang kawan
7-tak terkira. TIADA PERASAAN!!!

p/s : renungkan!

Wednesday, January 20, 2010

Luahan Bodoh!

Kebodohan
Kadang datang tanpa aku tidak sedar.
Adapun waktu itu,
waktu aku tengah gembira.

Kelemahan
bila mereka sudah nampak
mereka mula mengambil kesempatan

aku manusia yang lemah
selalu terjatuh
berbeza aku dari kamu-kamu yang berdiri teguh!

apabila tiba waktu untuk bersama anda semua
aku mula rasa diri aku tiada apa-apa untuk dibanggakan.
mungkin memang tiada.
tapi aku tahu kenapa aku perlu berada dalam waktu bersama anda
kerana aku ada tujuan aku
dan kalau tidak perlu
pastinya aku sudah mencari waktu lain
agar aku bisa merasakan aku adalah somebody!

tidak mengapa kalau kalian memandang rendah terhadap aku
tidak mengapa...

adalah biasa untuk aku
kerana ini belum masanya untuk aku
tibanya nanti kamu akan terkedu
kamu aku akan bisukan
tibanya nanti
maaf kamu sudah tidak ada maknanya untuk aku

tak mengapa!

Saturday, January 16, 2010

tak gile lagi!

Lim Dalam Gelap!

pusing
aku pening dengan apa yang melanda sekarang
perasaan berlegar menggegarkan otak
jarum-jarum masalah mennyucuk benak

impian sebelum datang aku
berkira-kira senang nak terus berjuang
rupanya hodoh yang kembali!

kepada kau yang aku telah buat kau terasa
aku tak niat macam tuh
kadang masing punya hati ada makna tersendiri
dengan itu rasanya mampulah berdiri

aku tak nak lagi kau rase aku beban di bahu kau
takper. aku akan msg ko dan type "okeh"
kalo ko phm ko phm
tapi kalo ko tak phm tetap ko takkan phm
tanyalah!

kadang2 cakap direct lebih hebat
namun tetap menyukai jalan yang beralun
sebelum tibanya destinasi

aku akan pergi
aku nak kau jangan ikut aku lagi
aku nak jadi hebat
walau pun ko tak peduli aku lagi
walau pun ko takkan ada dengan aku lagi

aku tahu idup sekarang nih ko rasa teruk
tapi teruk manakah kau masa ko siakan untuk itu dan ini?
ko lupa
ko lupa nak tanya pada orang lain
sebab mungkin ko rasa tak perlu bertanya

aku bila kata itu,
kadang tak tetap jugak
rasa hati kalo nak.
namun rasa satu lagi taknak
apa akan jadi?
ko jawab!!!
aku nak dengar dari ko!!!

fuck ah!

Wednesday, January 13, 2010

si chomel itu

bila si chomel mula menyanyi
dia mulakannya dengan harmoni yang terbaik
dia kelihatan begitu cantik ketika di pentas itu

muzik tiada... namun dia masih melirik
sedap! sangat merdu
sehingga meruntuhkan mana2 hati yang mendengar..
telah habis rangkap pertama
Si Chomel tersenyum
sorakan bergema di dalam stadium itu....
sungguh indah

ritma si chomel semakin rancak
berbaju kuning bertudung ungu
si chomel mula menggoyangkan badannya
mengikut rentak ritmanya

nyanyian si chomel diiringi oleh suara2 latar yang hebat membantu si chomel
wah!! si chomel tersenyum lagi
indah senyumannya

aku melihat si chomel memberikan makna
makna di setiap lirik2nya
si chomel
si chomel

indah.. akhirannya membuat aku ingin selalu mendengar si chomel

p/s : taniah kepada si chomel!

Tuesday, January 12, 2010

Jadi Ke Tak Jadi Nih? II

balik cuti.

watak utama akan pergi ke kdai di mana beliau memblli

ice blended chocolate+straberry

singgah la dia...

nak ice blended chocolate+straberry

tggu punye tunggu.. tuptup smpai la ice blended tuh

tapi yang smpi ice blended chocolate+laice..

maka watak utama bertanya kenapakah bukan straberry

oh ini speacial untuk anda! kata peniaga tersebut...

mulanya watak utama berasa bnar2 speacial...

namun lepas tuh dia terfikirkan sesuatu...

sebab sblum itu ader sorang budak neh order air laici...

kesimpulan yang watak utama dapat adalah...

peniaga itu telah salah masukan laici tadi dan malas hendak menukarnya

membazir la plak nantikan.


watak utama kemudian pergi bertanyakan berapa harga...

dijawabnya " takper lah. anda saya belanja"

setelah mengucapkan terima kasih sambl mengerutkan dahinya.

watak utama blah dari situ....

Saturday, January 9, 2010

KITA

aku hanya insan
yang mudah lupa
yang banyak kelemahan
yang hanya sedikit kelebihan

aku manusia biasa
aku tak punya kuasa
harta jugak rata selama ada

sebagai itu
aku tak boleh lari dari cinta
tapi aku pasti boleh kawal cinta

aku akan lebihkan kawan aku dari diri aku
aku akan berikan kebahagiaan aku itu pada kawan aku
aku lebih bahagia andai kawan aku bahagia

bukan bererti aku tak betul2 cinta
bukan bererti aku tak benar2 rasa
namun kalau kau dia ada rasa
maka adanya aku untuk kalian berbahgia

tanpa hati siapa2 diluka
aku rela dalam jaga
jgan hirau aku takkan merana
kerna aku bahagia andai kawan aku bahgia

-EnD-


p/s : tgk betul2 nmpk tak bentuk pasu bunga?

Thursday, January 7, 2010

Jadi ke Tak Jadi Nih?

keluar pergi nak beli ice blended ....
mintak satu ice blended chocolate + strawberry

"brape nih?"

"rm2.50 harga hati"


"ah ape?"


"rm2.50, tak nak beli roti?"

"o... taknak la"

"terima kasih"

lalu beliau pulang ke rumah beliau
tanpa mengetahui kisah yang sebenar.

5 tahun kemudian....

beliau pulang ke kampung.

beliau pergi ke kedai dan kemudiannya melihat kedai yang dulunya beliau membeli ice blended di situ
5 tahun lepas.

"hye!! nak ice blended chocolate+strawberry."

"boleh jugak kalo nak blanja"


"eh tak, maksud saye, saye nak bli ice blended tuh"


"saje je gurau2"


mereka tersenyum dan kemudian "beliau" teringat 5 tahun lepas.!!
seraya kemudian berkata

"awak, kawin jum"

"rm25.000.00 pasti jadi"

mereka kemudiannya....

(a... korang sambung ending die!!!)

...................................................................

Wednesday, January 6, 2010

KOSONG

"jalan hari nih memang tak rata.
tak kira aku pergi mana pun tetap tak rata.
nak buat macamana aku sdiri tak taw."

Tuesday, January 5, 2010

BOSAN

bosan
aku bosan
bosan dengan perasaan yang hadir dengan mengejut setelah sekian lama

ya!
memang selama ini aku nanti2kan saat2 yang macam ni
saat kau akan lebih mesra dengan aku
saat kau akan cari aku bila kau ader masalah
memang aku suke.

tapi camni kurang best ar...
asal ar...
rase cam kau main2 jer...
hmmm...
takperlah

Sunday, January 3, 2010

kisah satu malam 2

aku lepak cc awal pukul 8 mlm...
sampai cc toke die kat kdai makan...
aku tgu kat dpn cc smpi kul 9 mlm.
pastuh call toke die...
tuptup toke smpi..
aku tgu pun sbb cc nih men mlm 2ingit je smpai penat..
eheheh

kitorang pun start la men DoTa
game perang satu malaysia
huh 1 malaysia...

main punye main... tuptup...
541 minit pagi...
yowk!!
giler nih

nak balik hujan pulop!
berat kawe nih.
kalau kat umah mase nih mak aku dah mula membakar ayam
untuk jual nasi...

pkir punye pkir tunggu lah hujan bghenti...
pastu balik

p/s: pada anak2 muda... jgnlah membazir masa kat cc!

Saturday, January 2, 2010

Kerana

………..……/…./
…….……../…./
……../´¯/'..'/´¯¯`•¸
…../'/../…./……./¨¯\
…('(…………. ........)
….\……………..…../
…..'\'…………….../

kerana simbol itu pergaduhan bermula
kerana simbol itu satu provokasi terjadi
kerana simbol itu macam2 hal boleh terjadi.
kerana simbol itu....

p/s: korang sambung sdiri!!